Khamis, 3 Oktober 2013

SPR .. bijak memang bijak ..

Bijak memang bijak puak SPR dalam strategi memenangkan UMNO-BN. Yang paling ketara kenapa tak buat masa cuti supaya pengundi luar dapat balik ...

Pembentangan Bajet 2014 tiada dalam pertimbangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini.

Beliau berkata SPR mengambil kira tarikh penting seperti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula pada 6 Nov, perayaan Deepavali (2 November) dan Awal Muharram (5 November).




Katanya yang paling penting ialah pilihan raya kecil itu dibuat sebelum peperiksaan SPM kerana banyak pusat mengundi dan dewan adalah milik sekolah.

"Kita tidak mahu mengganggu pihak sekolah dari segi susun atur meja mereka,"

katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Sungai Limau di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Selain itu, Abdul Aziz berkata tarikh pilihan raya kecil DUN Sungai Limau juga mengambil kira dua acara penting yang akan berlangsung dalam dua buah parti politik iaitu Umno dan PAS.

"Umno akan mengadakan pemilihan parti pada 19 Oktober manakala Muktamar PAS akan diadakan dari 22 hingga 24 Nov," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pihak pembangkang bahawa SPR memilih tarikh selepas pembentangan Bajet 2014 bagi memancing undi dalam pilihan raya kecil berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini.

- Bernama


nengok sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: