Isnin, 14 Oktober 2013

Rumah MB Perlis Terbakar . ahli keluarga nyaris maut (VIDEO INSIDE)



Empat ahli keluarga Menteri Besar Perlis, Azlan Man nyaris maut apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran lewat malam semalam.

Kejadian berlaku di Jalan Negeri Sembilan Selatan, Bukit Persekutuan, ibu negara.

Lima jentera bersama 58 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Hang Tuah, Sentul, Taman Tun Dr Ismail, Pantai dan Seputih dikejarkan ke tempat kejadian.

Tiba di lokasi, hampir 60 peratus kediaman ini telah terbakar.

baca lagi ..





Ini kerana struktur rumah ini diperbuat daripada kayu.

Bagi memadamkan api, bomba terpaksa mendapatkan punca air sejauh 500 meter dari lokasi kejadian.

Api dapat dikawal sejam kemudian.

Pasukan forensik bomba masih menyiasat punca kejadian, dan jumlah kerugian.

Tiada mangsa dilaporkan cedera. ~berita TV9

manakala sinar pula melaporkan ..

Sementara itu di KANGAR, Azlan memberitahu Bernama beliau bersyukur kerana kejadian itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa atau kecederaan.

Saya belum sempat pulang untuk melihat sendiri keadaan rumah, namun dimaklumkan bahagian atas rumah musnah, katanya yang ditemui selepas penyampaian elaun pengerusi dan setiausaha jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung seluruh Perlis.

Katanya beliau sudah tinggal di rumah itu ketika masih berkhidmat dalam sektor awam.

Belum pasti bila saya akan pulang untuk melihat rumah kerana jadual tugas saya di sini padat, katanya menambah isteri beliau sudah ke Kuala Lumpur untuk melihat tahap kerosakan dan kerugian yang dialami. ~ sinar



sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: