Isnin, 14 Oktober 2013

Khalid - Anwar semakin 'dingin'?

Dalam politik segalanya mungkin. Kawan berpuluh-puluh tahun boleh bertukar sekelip mata sebagai musuh. Malah siapa tahu Najib boleh jadi rakan karib dalam politik Anwar. Itukan politik? Kecuali bagi yang betul-betul mempunyai pendirian dan jati diri yang kuat. Bukan Hassan JATI ye hehehe


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya mempunyai alasan tersendiri dalam cara membelanjakan lebihan dana kerajaan
negeri.

Beliau berkata ia perlu dilakukan dengan tertib agar rakyat tahu tujuan dana itu digunakan.

baca lagi ..




Proses mengumpulkan lebihan dana kerajaan negeri adalah sesuatu yang sukar dilakukan dan ia memerlukan strategi lebih teliti dalam membelanjakannya, katanya
kepada pemberita selepas penyerahan lembu untuk korban sempena Aidiladha di Masjid Kampung Pendamar di sini hari ini.

Beliau berkata kritikan yang diterima daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada forum di Petaling Jaya malam tadi yang melabelnya sebagai
gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik sebaliknya hanya berbangga dengan lebihan dana itu, dianggap kritikan biasa.

"Pada saya, ia (kritikan) hanya perkara biasa dan saya anggap Anwar ibarat memberi galakan untuk melakukan lebih banyak perbincangan sesama pemimpin agar
dapat menjana strategi terbaik menguruskan dana kerajaan negeri," katanya. – Bernama, 13 Oktober, 2013.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: