Pendek kata kalau dalam sebulan itu saya kerja tiap-tiap hari 12 jam termasuk hari cuti maka pendapatan saya lebih dari RM 1000 sebulan. Tapi kalau saya
kerja lapan jam sehari, hari cuti saya cuti, maka gaji saya hanyalah RM 650 sebulan. Itu belum lagi ditolak caruman KWSP. Maknanya Pegawal Keselamatan
kalau nak pendapatan lebih dari seribu sebulan, terpaksalah bawa anak bini sekali ke pondok pegawal terutama pada hari-hari cuti. Sebab mereka tak ada
masa untuk bawa anak bini berjalan-jalan seperti kakitangan kerajaan.
Dalam pada itu seseorang Pegawal Keselamatan yang telah beberapa tahun bekerja, memang ada kenaikan gaji. Misalnya seseorang Pegawal Keselamatan yang telah
bekerja lima atau enam tahun gajinya mungkin telah meningkat RM 800 atau RM 900 sebulan. Namun harus diingat kontrak Syarikat Kawalan Keselamatan disatu-satu
tempat saling bertukar ganti. Misalnya saya bekerja Pegawal Keselamatan disebuah sekolah yang tidak jauh dari rumah saya. Setelah tiga tahun bekerja dan
menikmati kenaikan gaji tahunan, tiba-tiba syarikat kawalan keselamatan tempat saya bekerja tidak lagi disambung kontraknya. Saya terpaksa membuat dua
pilihan. Jika ingin bekerja dengan syarikat baru, maka terpaksalah saya terima gaji baru. Kalau gaji yang ditawarkan lebih tinggi dari syarikat dahulu,
saya bernasib baik. Tapi kalau syarikat baru menawarkan gaji dan kemudahan yang tidak memuaskan dari syarikat lama, maka pilihan saya mungkin akan terus
bekerja dengan syarikat lama.
Namun saya terpaksa ditugaskan ditempat lain pulak. Kalau dekat dengan rumah tidak jadi masalah. Tapi kalau beratus kilometer dari rumah, tentunya tidak
berbaloi hanya sekadar menikmati gaji lebih seratus dua. Maka pilihan saya kerja dengan syarikat baru, meskipun terpaksa menerima gaji rendah semula.
Disamping itu, ada juga syarikat pegawal keselamatan menipu helah pekerja. Pegawal Keselamatan yang telah lama bekerja dan gajinya telah agak lumayan,
tiba-tiba ditukarkan ditempat jauh. Macam-macam alasan diberikan.Kononnya majikan tempat saya jaga itu mahu pegawal lain. Sebenarnya ini adalah tektik
untuk membuang pekerja lama yang telah menerima beberapa kenaikan gaji. Pengawal yang ditukar ke tempat jauh mungkin tak mahu pergi. Jalan mudah mereka
mungkin berhenti. Dan inilah peluang syarikat kawalan keselamatan mengambil pegawal baru dengan bayaran gaji permulaan yang murah.
Pendek kata kerjaya sebagai pegawal keselamatan macam bola. Ada kalanya melambung tinggi dan adakalanya jatuh ke tanah. Tapi yang selalu orang lihat yang
melambung tinggi itulah, sedangkan penyebab yang melambung itu orang tidak tahu. Macam Pegawal Keselamatan yang dicanangkan pendapatan lebih RM 1000 sebulan,
tapi yang menyebabkan mereka dapat RM 1000 sebulan ramai orang tidak tahu iaitu bekerja sehari suntuk dan sebulan penuh tanpa ada hari cuti. Sedangkan
gaji pokoknya ramai yang tak ambil berat dalam membela nasib Pegawal Keselamatan. Lagi pun Pegawal Keselamatan sekarang rata-ratanya ada sijil SPM. Malah
lepasan Institusi Pengajian Tinggi pun ada yang jadi Pegawal Keselamatan.
sumber
9 respon:
kesian nasib pengawal keselamatan...gaji minima hnya auta pemerintah...alasan yg selalu didengar..tgh kaji tgh kaji tgh kaji...piiirahhhhhhhhh
Undilah barisan nasional utk kesenangan dulu, kini & selamanya...kahkahkah
Hambek ko...khkhkh..dulu kini dan selamalamalamalamalamalamalamanyer.....
PENGAWAL KESELAMATAN TAK ADA PEGANGAN AGAMA MACAM TU LA..
kami pengawal keselamatan yg brtugas di daerah kuantan untk menjaga sekolah,masih menerima gaji yg lama pada bulan 1 2014
ingin mendapat penjelasan dari pihak tertentu dgn segera,kerana penjelasan oleh pihak syarikat tiada kenaikan lagi kerana kementerian tak bayar.BETUL KE??? harap pihak yg berkenaan membuat penjelasan yg segera
moga2 sempurnah lah hidupmu yg islam didindas yg kafir disanjung
tajuk: Pengawal&Bos pengawal
pengawal: Bos bila mhu naik gaji ni kmtrian sdh luluskan basic 800-900
Bos:Selagi PPD masih pgang sekolah
ni selagi tu lah gaji kamu susah maw naik..
jadi fikir2knlah,munasabah ke alasan yg diberi tu!
Kerajaan megambil alih insitusi keselamatan dn dselia oleh pihak bekuasa
Catat Ulasan