Isnin, 7 Oktober 2013

Masyarakat FELDA mesti berduyun - duyun tonton Tanda Putera ..

Hai hai hai .. dah gagal nak tawan masyarakat bandar supaya menonton filem tak laku .. kini giliran masyarakat FELDA pula ...

Tapi yang ini aku rasa tak ada masalah untuk mendapat jumlah penonton yang ramai .. sebab selama ini pun mereka-mereka ini yang memenangkan UMNO-BN. Suap la apa saja ... semua turut nganga ( tak semua sebab ada juga masyarakat peneroka yang celik hati ..)

Lepas ini kita tengok laporan media kata Tanda Putera mendapat sokongan hangat masyarakat FELDA .. haahhaha

Lepas tu para peneroka terus nganga sebab harga barang banyak akan dinaikkan.


baca lagi ..





[BH] Bandar Seri Jempol: FELDA akan menayangkan filem kontroversi, Tanda Putera, kepada penghuni 317 tanah rancangan di seluruh negara, menerusi Kembara Wayang Padang yang bermula, malam kelmarin.


Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata penayangan filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, itu akan dibuat secara berperingkat.


Katanya, keluarga peneroka wajar menonton filem itu kerana ia menyentuh pembangunan tanah rancangan yang dimulakan Allahyarham Tun Abd Razak.


Fahami sejarah


“Saya yakin masyarakat FELDA akan ambil peluang untuk bersama-sama menonton filem ini, sekali gus mengetahui fakta yang dibentangkan menerusi filem ini sebelum membuat pelbagai tohmahan,” katanya selepas merasmikan Kembara Wayang Padang Peringkat Kebangsaan di Padang Awam FELDA Palong 12, dekat sini malam kelmarin.


Turut hadir, Timbalan Pengarah Besar FELDA (Pembangunan Komuniti), Ab Ghani Mohd Ali; Pengarah Pembangunan Komuniti dan Koordinasi FELDA, Anuar Malek dan Ketua Eksekutif Yayasan FELDA, Datuk Dr Emel Faizal Mohd Mokhtar.


Mohd Isa yang juga Ahli Parlimen Jempol, berkata pihaknya juga akan mempertimbangkan penayangan filem yang dianjurkan Jabatan Pembangunan Komuniti FELDA itu di kawasan kampung jika ada permintaan.


Filem bermutu


“Ini adalah filem yang baik, sejarah yang sangat sesuai ditonton oleh anak muda. Jadi, tiada masalah kita bekerjasama menyiarkannya," katanya.


nengok sini





# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Bukan free....felda menjadi pak sanggup menaja sbb sykt filem rugi..Cost charge to settlers a/c