Siapa pula 'Khir Toyo' yang telah ditangkap di Sungai Besar tu?
Dalam pertandingan di Bahagian, Khir Toyo tidak terlibat dengan apa-apa jawatan. Sebaliknya pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian Sungai Besar membabitkan Jamal Md Yunos, taukeh Restoran Ikan Bakar Sekinchan yang juga merupakan sekutu rapat Noh Omar dengan bekas Timbalan Ketua Bahagian Sungai Besar, Mardi Sukir.
Apa yang terdesak sangat sampaikan orang yang tak bertanding pun diheret sama, semata-mata untuk menang? Apa yang teruk sangat sampaikan Khir Toyo yang sudah rebah itu, mahu ditelungkupkan dan dilemaskan?
Ada persoalan besar yang timbul berhubung insiden merapu dan mengarut ini. Adakah puak berkenaan berasa terancam dengan Khir Toyo yang sudah melepaskan semua kepentingan politiknya kerana bimbang Khir Toyo akan kembali dan merampas semula kedudukan 'istimewa' yang sedang mereka nikmati sekarang? Adakah mereka berasakan pengaruh Khir Toyo masih kuat di Selangor, justeru puak-puak berkenaan sanggup menjadi seperti UMNO Kelantan yang sanggup berbunuh-bunuhan sesama sendiri asalkan mereka terus memegang kuasa dalam UMNO biarpun pada masa yang sama, mereka gagal dalam merampas negeri?
Lawak politik UMNO di Selangor semakin menjadi-jadi sehinggakan lebih ramai BADUT dan PAK LAWAK berbanding pemimpin sebenar. Dan dengan semakin ramai PAK BADUT DAN PAK LAWAK membarisi kepimpinan UMNO NEGERI SELANGOR, nampak gayanya, semakin terlingkuplah UMNO dan Barisan Nasional di Selangor pada PRU14 nanti.
Tu baru kira BADUT dan PAK LAWAK... belum lagi kita kira PENCATUR-PENCATUR dan BROKER-BROKER KUASA yang berasakan mereka mempunyai segala pengetahuan dan kesaktian di Selangor!!!!
*aku petik dari otai blog pro UMNO.
sumber
0 respon:
Catat Ulasan