PEMILIHAN Umno semakin panas, hari ini telah berlangsungnya Majlis Pengenalan Calon di tiga negeri Pantai Timur.
Ramai calon tidak melepaskan peluang menggunakan platform tersebut untuk "mempromosi" diri sempena pemilihan parti itu pada 19 Oktober depan.
Bagaimanapun berbeza pula dengan pemblog pro-kerajaan, Tun Faizal Ismail Aziz yang turut menawarkan diri bertanding menjadi salah seorang calon Majlis Tertinggi dalam sayap parti itu.
baca lagi ..
Beliau menerusi blognya berkata, terkilan dengan tindakan Badan Perhubungan Umno Negeri ekoran tidak memperkenalkan dirinya sebagai salah seorang calon yang bertanding pada pemilihan Umno tidak lama lagi.
"Saya tidak menyalahkan Badan Perhubungan Umno Negeri kerana mereka hanya membaca senarai yang diberikan.
"Cuma saya agak terkilan kerana selepas memandu selama barjam-jam untuk hadir ke Majlis Pengenalan Calon, saya tidak diperkenalkan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri walaupun sebagai calon di bawah kes rayuan yang mana keputusannya hanya akan diketahui pada esok," katanya.
Pada September lalu, Tun Faisal yang juga bekas Exco Pemuda Umno Malaysia akan membuat rayuan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Pemilihan hari ini untuk terus bertanding jawatan MT.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Tun Faisal menerusi laman Twitter miliknya malam tadi selepas mengetahui beliau tidak tersenarai untuk bertanding merebut jawatan MT Umno.
0 respon:
Catat Ulasan