Yang tak tahan tue pemberita BERITA HARIAN digelar cap ayam. Cap ayam la sangat. Time depa fitnah PR bagai nak rak muka2 neh gak yang dok canang satu kampung. Bila sendiri dah terkena fitnah dengan geng2 sendiri mula meroyan cakap paper tue cap ayam?
BACA LAGI YE BANG ..
Wakakaka..
Calon Ketua Wanita Umno Bahagian Kemaman, Che Ku Maznah Che Ku Awang,51, yang kalah dalam pertandingan Sabtu lalu bercadang menyaman akhbar Berita Harian.
Beliau tewas 325 undi kepada penyandang jawatan, Senator Rohani Abdullah yang mendapat 390 undi manakala Che Ku Maznah mendapat 65 undi.
Katanya, akhbar itu menulis berita palsu pada Isnin, 14 Oktober lalu pada muka surat 22 di mana beliau dikatakan “hilang” sejak pagi pada hari pengundian tersebut.
Dalam ruangan coret-coret, Berita Harian menulis, ” Lebih 500 perwakilan Wanita Umno Bahagian Kemaman tertanya-tanya ke mana hilangnya calon nombor 2 bagi jawatan ketua pergerakan itu, Che Ku Maznah Che Ku Awang”.
Kelibat beliau dikatakan langsung tidak kelihatan pada persidangan bermula dari jam 8 pagi di Dewan Berlian Majllis Perbandaran Kemaman (MPK) sehingga proses pengiraan undi jam 8 malam.
Berita Harian menambah,” mungkin tindakan itu kerana beliau sudah tahu nasibnya pada pemilihan itu”.
Che Ku Maznah yang tidak puas hati dengan laporan tersebut berkata nampak sangat pemberita Berita Harian berbohong sedangkan beliau ada di dalam dewan dari pagi hingga petang.
“Saya akan saman akhbar tersebut,” katanya kepada FMT sambil mengatakan kesal kepada pemberita cap ayam.
2 respon:
Berita.harian.dkt.rumah.saya.tak.langgan.bh.
Maaf.bukan.tak.langgan.bh.tapi.tak.langgan.bh.lagi.yg.sebenarnya.
Catat Ulasan