Ahad, 6 Oktober 2013

Anwar dah setuju,Mahathir bila lagi ..?

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah bersetuju untuk duduk sepentas bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membicarakan mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Bagaimanapun, menurut Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, Dr Mahathir masih belum memberikan keputusannya walaupun surat jemputan telah dihantar ke pejabatnya 23 September lalu.

“SAMM ber
baca lagi ..



k Bantah TPPA, dengan ini mengumumkan bahawa Anwar bersetuju untuk naik ke Pentas Perdana Anti-TPPA yang akan berlangsung pada 10 Oktober 2013 di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

“Dua tokoh ternama ini (Anwar dan Dr Mahathir) diundang ekoran keduanya mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi perdagangan antarabangsa selain punyai hubungan agak istimewa dengan Amerika Syarikat (AS) yang menjadi dalang perjanjian TPP.

“Pentas ini disediakan untuk memberi ruang kepada kedua-dua tokoh berkenaan untuk mempertahan kedaulatan negara menolak perjanjian TPP,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau menambah, pentas perdana ini harus menjadi satu ruang dan peluang yang penting untuk Anwar dan Dr Mahathir menjelaskan segala persoalan khususnya mengenai perjanjian TPP yang penuh agenda tersembunyi.

“Anwar telah menyatakan kesediaan manakala Dr Mahathir yang dilihat tegas menentang perjanjian TPP masih belum memberikan jawapan positif.

“Pihak kami masih menunggu jawapan dari pihak Dr Mahathir dan optimis beliau akan mempertimbangkan kehadirannya di pentas perdana ini,” katanya.

Katanya lagi, SAMM yakin kedua-dua tokoh yang mempunyai pengaruh tersendiri ini mampu disatukan di atas pentas yang sama dengan masing-masing mengenepikan permusuhan politik domestik seterusnya merealisasi
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: