Isnin, 9 September 2013

RM10 juta wang rakyat hangus gara-gara ...

Hari ini RM10 juta wang rakyat telah dibazirkan kerana 'kurang cermat' pengurusan Khazanah dan MAS. Siapa nak bayar .. apakah pengerusi MAS, Khazanah atau Najib ..?

Atau kerugian itu akan ditanggung oleh rakyat jelata melalui kenaikan harga minyak ..?

Kita suka bertanya berapa gaji dan elaun pengurusan Khazanah dan MAS ..?
baca lanjut .






Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed pada sidang media sempena lawatan rasmi pertama ke Jabatan Audit Negara di Putrajaya. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 September, 2013.Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) membidas Khazanah Nasional atas alasan tidak tahu akta anti monopoli sehingga menyebabkan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) didenda RM10 juta oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) itu berkata, urus tadbir korporat yang baik perlu diamalkan oleh semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutama sekali Khazanah kerana ia membabitkan wang rakyat.

"Saya kesal apabila MAS didenda RM10 juta kerana melanggar akta anti monopoli. Sepatutnya perkara ini tidak terjadi dan pengurusan Khazanah tidak boleh lepas tangan dalam hal ini.

"Mengapa pengurusan tertinggi Khazanah boleh bersetuju dalam rundingan berkenaan? Mereka tidak boleh memberi alasan tidak tahu-menahu dalam hal ini.

"Ini satu peringatan kepada semua GLC terutama Khazanah Nasional supaya tidak terlau mendengar kata-kata jururunding yang dilantik kerana mereka lebih mengutamakan keuntungan sehingga tidak mengendahkan undang-undang negara," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini. - 9 September, 2013.




# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: