"Sebenarnya kerajaan tidak menaikkan harga minyak. Harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia. Kerajaan cuma mengurangkan subsidi.
Putrajaya tidak pernah menaikkan harga minyak sebaliknya ia adalah berdasarkan pasaran global semasa kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar).
Ahmad ketika sesi soal jawab Dewan Rakyat di Parlimen hari ini menegaskan, kerajaan hanya mengurangkan jumlah subsidi sedia ada kerana majoriti yang mendapat manfaat daripada subsidi bahan api adalah golongan berpendapatan tinggi.
baca lagi ..
"Sebenarnya kerajaan tidak menaikkan harga minyak. Harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia. Kerajaan cuma mengurangkan subsidi.
"Lain...mana sama daripada RM1 subsidi untuk diesel kita kurangkan RM0.80, daripada RM0.83 subsidi untuk RON95, kita kurangkan kepada RM0.63, itu fakta dan hakikat yang sebenar, harga minyak ditentukan oleh turun naik harga pasaran dunia," katanya menjawab soalan ahli Parlimen Kangar Shaharuddin Ismail.
Jelas ahli Parlimen Pontian itu lagi, selain mereka berpendapatan tinggi, warga asing turut menikmati kadar subsidi bahan api.
"RM2,000 juta sebulan wang rakyat telah hangus, dan satu lagi mengikut kajian IMF 80% subsidi ini dinikmati oleh mereka yang berpendapatan tinggi, kita bagi subsidi kepada orang kaya," katanya.
"Struktur subsidi sekarang adalah banyak dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi yang berkemampuan serta warga asing, mereka menggunakan kenderaan berkuasa tinggi berbanding dengan golongan sasar yang hanya menggunakan kereta berkuasa kecil dan bermotosikal," katanya lagi.
Justeru Ahmad Maslan menegaskan Putrajaya perlu menstruktur semula subsidi agar kumpulan sasar benar-benar mendapat manfaat daripada perbelanjaan kerajaan menanggung subsidi berkenaan.
"Sehubungan itu kaedah pemberian subsidi di Malaysia perlu distruktur semula agar pemberian subsidi lebih fokus dan menepati kumpulan sasar. Subsidi bersasar bukan subsidi tersasar," katanya. - 23 September, 2013.
0 respon:
Catat Ulasan