Jumaat, 23 Ogos 2013

Panas!! Surat Terakhir Altantuya kepada blogger ini ...!!!!

Aku petik dari blog IkutSukaAku - Isa

Selepas Jumaat tadi gua berkereta melalui jalan Bukit Cerakah, tiba2 ada sorang pompuan tahan kereta gua... apalagi gua pun berhenti aaaaa... awek cun tuuuuu... rupa gayanya macam model wa cakap luuuuuu...

Gua turunkan tingkap kereta and say hello... sebab nampak macam bukan orang melayu, dari raut wajah macam cina... dengan putih melepaknya... perghhhh... sebab tu gua tak berani bagi salam. Just say hello pun dah memadai kan...

Dia hanya tersenyum, dan menghulurkan satu envelope... "duit raya kaaa...???" tanya gua. Dia menggelengkan kepala, fuyoooo... dia punya senyuman bikin jantung gua teruja laaaaa.... perghhhh...., dia kata "sampai rumah... baca.." lepas tu dia terus blah berlenggang baeeekkkk... punya berjalan masuk ke hutan..., gua pulak macam kena pukau hanya tengok jer... tanpa berkata apa-apa..

baca lanjut ..




Selepas awek tu hilang dari pandangan, baru gua tersedar... apa jadahnya gua buat kat tepi hutan nih..., tekan minyak terus balik rumah. Selesai semua urusan di rumah baru gua teringatkan surat tadi..., cepat2 gua pergi ke kereta dan surat tu ada kat atas seat kiri. Gua ambil dan baca sambil berjalan masuk rumah...

Sekarang nih gua nak berkongsi isi kandungan surat tu dengan lu orang semua..., bunyinya seperti di bawah...;

Hello... Hello... Hello....

Nama saya Altantuya Sharip Doll, saya masuk ke Malaysia melalui hutan bakau sebagai pendatang asing, sebab itu nama saya tiada dalam rekod Imigresen Malaysia. Sewaktu di Malaysia saya berjaya menyeludup keluar bahan letupan C4 daripada depo simpanan senjata api Polis Raja Di Malaysia, dan saya berjaya juga melarikan diri hingga ke Hutan Bukit Cerakah.

Dalam hutan tu, saya menembak diri saya di bahagian rusuk... berharapan dengan satu tembakan saya sudah boleh mati... opppssss... tak mati lagi.. jadi saya tembak untuk kali kedua di bahagian kepala... perghhh... bersepai kepala saya, dan kompom saya dah mati.

Kemudian saya bangun kembali untuk melilitkan tubuh badan saya dengan bahan letupan C4... setelah selesai melilitkan C4, saya pun letupkanlah diri saya hingga berkecai barai... begitulah caranya saya mati.

Sumpah wallah takda sesiapa yang membunuh saya, kepada Sirul dan Azilah saya mohon maaf kerana menyusahkan kamu berdua selama ini. Pandai2 jer... Polis, Peguam dan Mahkamah buat cerita menuduh awak berdua membunuh saya, padahal saya sendiri yang bunuh diri sendiri tanpa bantuan sesiapa pun. Dan syukur hari ini awak berdua telah dibebaskan. Dapatlah saya bersemadi dengan AMAN....

Yang benar
Altantuya Sharip Doll
Titipan dari Bkt Cerakah.
23 Augustus 2013

So... amacam...???? hebat tak gua dapat surat dari pompuan yang mati dengan menembak diri sendiri sampai mati, kemudian setelah mati dia letupkan diri sendiri sampai berkecai.

Kalau gua ceritakan kisah ni pada orang gila... sah... sah... orang gila akan kata gua gila... tetapi itulah hakikat dan kebenarannya yang gua alami sebagai Warganegara Malaysia yang sah.

Lu orang nak percaya atau tidak dengan cerita gua nih... terpulanglah pada diri lu orang sendiri. Kalau tak nak percaya pun tak apa... gua tak marah dan gua tak kisah punnnn....!!!!

p/s: kenapa tajuk posting nih... "Surat Terakhir Altantuya"... betul la tu.... setakat hari ini, inilah surat terakhir yang gua terima dari Altantuya tadi, jika esok ada orang lain pulak terima surat dari Altantuya... bermakna surat gua ini bukan yang terakhir lagi... adios...




# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: