Berikutan keputusan mahkamah hari ini, ada pelbagai kemungkinan yang tiada berpenghujung mengenai apa yang berlaku kepada kes Altantuya, yang meletakkan Malaysia di peta dunia atas sebab yang salah.
Dan soalan yang terus berada di ruang siber, siapa bunuh Altantuya?
Kebanyakan ulasan yang dibuat di talian bernada sinis dengan salah seorang netizen, Isana berkata:”Wow! Kalau begitu, Altantuya pasti masih hidup kerana tidak ada sesiapa membunuhnya. `Endless Possibilities’ hanya berlaku dalam 1Malaysia.”
Satu lagi, Rayfire mengulas,”Ya, `Endless possibilities’ untuk menipu, membunuh dah bebas! Keadilah mesti dan akan ditunjukkan oleh Yang Berkuasa.”
Sebahagian yang lain tertanya-tanya sama ada masyarakat akan dapat mengenali bagaimana rupa Azilah dan Sirul.
“Muka mereka ditutup dari hari pertama, setiap kali mereka dibawa masuk dan keluar mahkamah,” kata Mr M.
“Bagaimana mereka berdua dibenarkan menutup muka mereka sejak hari pertama? Adakah itu supaya apabila mereka dibebaskan, tidak ada sesiapa yang tahu siapa mereka dan bagaimana rupa mereka? Jika mereka tidak dibebaskan sekali pun, tidak ada siapa akan tahu sama ada mereka benar-benar digantung sebab tiada yang tahu rupa mereka! *teori konspirasi*”.
Sebahagian yang lain meluahkan rasa kecewa terhadap sistem keadilan yang memutuskan pembebasan itu walaupun ada yang kata, itu memang dijangkakan berlaku.
Netizen Angel mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sengaja tidak memanggil DSP Musa memberi keterangan di mahkamah.
“Peguam negara tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan kes itu. Dia sengaja tidak memanggil Musa Safri, pegawai khas Najib. Dia akan mengikut arahan Najib,” kata Angel dalam ulasannya.
Pihak pendakwa tidak memanggil Musa, perkara yang dibangkitkan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan hari ini, bahawa `saksi material tidak dipanggil beri keterangan, termasuk Musa’.
Altantuya dikatakan menjadi kekasih penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, tetapi, kemudian memburunya dan meminta komisen yang tinggi, kononnya atas bantuan membantu dalam urusan pembelian dua kapal selam untuk Malaysia.
Razak kemudian mengupah penyiasat upahan P Balasubramaniam untuk memerhatikan wanita itu ketika dia datang ke Malaysia.
Apabila Altantuya muncul di luar rumah Razak pada 18 Oktober 2006, polis menahannya dan itu adalah kali terakhir dia dilihat hidup.
Netizen Justice Pao memberi komen:”Sungguh memalukan! Altantuya tidak dibunuh, jadi mesti dia menjerut dan menembak dirinya di belakang kepala menggunakan alat khas, kemudian guna C4 untuk meletupkan dirinya!”
Seornag lagi netizen, Longjaafar dalam postingnya berkata:”Satu ketika dulu, seseorang kata Anwar Ibrahim menumbuk mukanya sendiri. Sama seperti ini, Altantuya bom dirinya.”
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga terkait dalam kontroversiti itu.
Satu tweet berkata,”Keputusan berunsur politik untuk melindungi Najib, Rosmah? Bekas pengawal peribadi bebas daripada pembunuhan Altantuya”.
Ramai netizen turut mengucapkan takziah kepada bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu, yang mereka gelar sebagai `adalah lelaki paling sedih di dunia hari ini’. – 23 Ogos, 2013.
2 respon:
,
Heran jugak ye... PAS yang kononnya ada nama Islam pada partinya .... sering melaung-laungkan merekalah pejuang Islam.... malah bertakbir untuk menunjukkan mereka adalah lebih Islam dari orang lain.... TETAPI... tak ambil kisah langsung pasal Isu Kalimah Allah yang permohonan pihak Gereja membuat rayuan di mahkmah telah ditolak, semalam.... Malah, Harakah langsung tak siarkan walau sepatah ayat pun berita mengenainya..... KENAPA..???
ALLAH itu tak penting bagi PAS ke?metallica Mesir tu lebih penting ke PAS atau hamPAS ?NAUZUBILLAH! Macamana Allah SWT nak tolong PAS ......NAMA ALLAH pun PAS taksanggup PERTAHANKAN? Malah setuju lagi diganti ye ke?takot benor dengan DAP dan PKR yeee?tapi tak takot ALLAH SWT?
Ali .. ulasan ko tak ada kena mengena dengan topic. ko nk alih topic ke? apasal? terkencing dalam seluar?
Catat Ulasan