Isnin, 17 Jun 2013

Cikgu terlampau 'ratah' pelajar tingkatan 4

SABAK BERNAM: Seorang guru ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar tingkatan empat di rumahnya di sini pada Khamis lalu.

Perbuatan suspek yang berusia 30-an dan telah berkahwin itu terbongkar selepas mangsa mengadu perkara tersebut kepada guru kaunseling menyebabkan dia ditahan polis pada 3.40 petang hari yang sama.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad, sebelum kejadian suspek membawa mangsa ke klinik selepas remaja itu mengadu tidak sihat semasa berada di dalam kelas.

Selepas pulang dari klinik, mangsa dibawa ke rumahnya di Sungai Besar di sini dan dipaksa menonton video lucah sebelum merogolnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
-kosmo-


Cikgu terlampau 'ratah' pelajar


baca lagi ..



– Demi nafsu buasnya, seorang guru yang diberi tanggungjawab mendidik bertindak di luar batasan apabila sanggup merogol pelajarnya sendiri selepas memaksa mangsa menonton video lucah di sebuah bilik rumahnya, di Sungai Besar, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian itu dipercayai berlaku selepas suspek berusia 34 tahun itu menghantar mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah ke sebuah klinik kesihatan.

Menurutnya, mangsa yang berusia 16 tahun itu menaiki kereta suspek ke klinik itu untuk menghantar sample kahak kerana dipercayai menghidap penyakit tibi.

“Suspek memberhentikan kereta di hadapan klinik kesihatan itu dan mangsa turun kereta untuk menghantar sample kahak tersebut ke makmal klinik terbabit.

“Setelah selesai menghantar sample, mangsa terus kembali ke kereta gurunya itu dan kemudian suspek sempat bertanya kepada mangsa hendak ke mana, sebelum terus memandu kereta menuju ke rumahnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, sebaik mangsa tiba di rumah, suspek terus menarik tangan mangsa menuju ke bilik belakang rumahnya sebelum memaksa mangsa yang berdiri di hujung katil berdekatan pintu duduk di atas katil.

“Suspek cuba memancing mangsa dengan memaksa mangsa menonton video lucah sebelum bertindak merogolnya. Mangsa yang berada dalam ketakutan hanya mampu berdiam diri dan merelakan perbuatan gurunya itu,” katanya.

Bagaimanapun, Noor Mushar berkata, mangsa yang kembali ke sekolah keesokannya itu mengadu perbuatan suspek kepada guru kaunseling sebelum pihak sekolah menghubungi penjaga mangsa untuk memaklumkan kejadian itu.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya.

Sementara itu, katanya, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam telah berjaya menahan guru itu di hadapan sekolahnya kira-kira jam 3.40 petang kelmarin.

“Laporan polis dibuat keluarga mangsa sehari selepas kejadian dan suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Noor Mushar berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Unknown berkata...

Harapkan pagar... pagar tak boleh diharap.... ADOIYAII..!!!

Tanpa Nama berkata...

kalau dh kahwin apsal x lepaskan nafsu pd yg halal (isteri), guru durjana, kesian ak kt budak tu.

Tanpa Nama berkata...

Telampau bnyk sgt ubat kuat di pasaran,sume nak di testnye..ini lah jadinya....