Sabtu, 8 Jun 2013

Pramugari dipukul kerana enggan menurut "kehendak" penumpang ini

JAKARTA - Seorang pegawai kerajaan di Badan Nasional Penyelarasan Penanaman Modal negeri Bangka Belitung dijadikan suspek oleh polis setelah beliau dilaporkan memukul seorang pramugari yang menegurnya supaya mematikan telefon bimbit ketika di dalam pesawat.

Lelaki itu bukan sahaja memukul pramugari bernama Febriani dari syarikat penerbangan Sriwijaya Air itu, malah beliau turut memaki hamun Febriani dalam kejadian ketika pesawat itu mendarat di lapangan terbang di Pangkalpinang, Bangka Belitung, pada Khamis, media tempatan melaporkan.

Berikutan kejadian itu Febriani membuat laporan polis.

Febriani hari ini banyak mendapat sokongan masyarakat di dunia maya dan laman sosial, termasuk melalui twitter dan para penyokongnya mengutuk perbuatan pegawai negeri itu yang mereka anggap sangat sombong selain boleh membahayakan keselamatan penerbangan itu.

Dalam kejadian itu, Febriani dilaporkan dipukul di pipi kiri dan bahagian belakang kiri kepalanya oleh penumpang berkenaan dengan menggunakan gulungan surat khabar.

Ketika itu lelaki berkenaan ditegur supaya mematikan telefon bimbitnya ketika pesawat itu hendak mendarat.

Sementara itu pegawai negeri berkenaan mendakwa beliau hanya 'menempelkan' gulungan surat khabar yang sedang beliau baca itu ke pipi Febriani kerana tidak suka diberitahu secara kasar oleh pramugari itu. - Bernama


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: