Isnin, 10 Jun 2013

Khalid Samad tak kebulur jawatan

Ahli Jawatan Kuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad menegaskan beliau tidak kisah sekiranya tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti pada pemilihan Pas, dijadualkan hujung tahun ini.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor berkata, beliau tidak berhasrat menggunakan isu insiden hitam di Kota Damansara pada PRU13 lalu sebagai kempen pemilihan itu.

“Kalau berhasrat untuk kempen pemilihan, maka adalah jauh lagi mudah untuk saya puji dan sokong sahaja apa yang di lakukan pimpinan. Tetapi saya tidak ambil peduli soal pemilihan parti dalam muktamar akan datang.

“Kerja saya sebagai pimpinan ialah membetulkan parti sekiranya tersilap dan memimpin ke arah yang menguntungkan parti. Bukan sibuk jaga jawatan dan kedudukan. Kalau tidak dipilih kali ini pun tidak mengapa. Saya tidak kebulur jawatan pun.

Tapi sekurang-kurangnya saya sudah cuba tunaikan tanggung jawab saya sebagai salah seorang pimpinan,” katanya dipetik menerusi blognya http://www.khalidsamad.com/ kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan pelbagai pihak yang dilemparkan terhadapnya susulan kenyataan beliau mengenai isu tersebut sebelum ini.

Dalam pada itu, Khalid menegaskan, semua kenyataan beliau mengenai insiden di Kota Damansara itu adalah berdasarkan kepada hujah dan ia sepatutnya perlu dijawab dengan cara itu juga sekiranya ada pihak tidak bersetuju terhadap pendiriannya.

“Yang ingin dibincangkan adalah berkenaan strategi yang silap, yang mendatangkan natijah yang buruk serta imej Pas yang terpalit hasil tindakan bertanding di KD (Kota Damansara), bukan soal wala’ dan thiqah, pro PKR atau sebaliknya. Sebenarnya saya sangat pro Pas bersama PR (Pakatan Rakyat).

“Tulisan saya tidak langsung dituju kepada mana-mana individu. Saya lebih minat bincang apa yang silap dari siapa yang silap,” katanya.

Beliau turut menafikan tuduhan yang mengaitkannya dengan usaha untuk menjatuhkan ulama dan Presiden Pas.

“Itu satu kenyataan rambang dan tidak bertanggungjawab. Tulisan saya tidak pernah menyalahkan sesiapa tetapi saya ingin akui tindakan berkenaan silap dan tidak sepatutnya berlaku dan jangan sekali-kali diulangi.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Ahmad Rahman berkata...

Alhamdulillah kita masih ada pemimpin yang berani berkata benar kapada ketua atau jemaah yang tersilap bukannya telalu taksub sahingga menganggap sendiri maksum.
Rakyat hurmati dan hargai pejuang saperti YB Khalid Samad.
Pas awas lah, jangan sesekali terjerumus dalam pelakuan Umnob BN, yang berpegang kapada "lakukan dan patuhi lah apa yang ku kata tapi jangan apa yang buat dan lakukan.".