Pelantikan Ezam sangat penting untuk membolehkan beliau mengendalikan isu-isu pembangkang terutama membabitkan PKR.
Ezam pernah dianggap orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum meninggalkan PKR pada 2007.
Najib dikatakan tidak menyambung lima setiausaha politiknya yang kalah dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu. rujuk sini
Mereka ialah Datuk Fatmi Che Salleh; Datuk Sahlan Ismail; Datuk Shafie Abdullah dan Datuk Suffian Awang serta Latt Shahriman Abdullah.
Mereka digugurkan ekoran kalah bertanding dalam pilihan raya umum itu.
Pegawai-pegawai Najib itu dianggap telah gagal memberi nilai tambah kepada Umno dan Perdana Menteri terutama dalam pilihan raya itu.
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga turut menyalahkan pegawai-pegawai Najib itu.
Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Najib dilaporkan telah melantik Khairun Aseh sebagai salah seorang pegawai khasnya dan sudah pun memulakan tugasnya sejak minggu lalu.
Khairun merupakan Exco Pemuda Umno Malaysia, anak kepada Tan Sri Aseh Che Mat iaitu Pengerusi Perbadanan Putrajaya.
Ezam tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan perkara tersebut. -freemalaysiatoday-
PBO:
Agaknya inilah masa untuk mengubat duka akibat tidak dicalonkan semasa PRU 13 yang lalu. Ezam juga disebut-sebut bakal Menteri Besar Selangor
rujuk sini untuk ceritanya
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan