KUALA LUMPUR 26 JUN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat paru-paru berair hari ini, selepas menerima rawatan di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sejak minggu lalu.
AdunAllahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
baca lagi ..
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.
Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.
Satu pilihan raya kecil (PRK) dijangka akan diadakan ekoran kematian Allahyarham.
SPR akan umum PRK
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Kuala Besut selepas menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata setakat ini SPR belum menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN dan menjangkakan ia akan diterima dalam tempoh terdekat.
"Selepas itu SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi bila mesyuarat khas akan diadakan. Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri, Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan," katanya ketika dihubungi Bernama di Putrajaya hari ini.
Kerusi DUN Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu hari ini, akibat kanser paru-paru.
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.
Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.
0 respon:
Catat Ulasan