Rabu, 22 Mei 2013

Benarkah Adam Adli digari semasa dalam lokap?

Polis Kuala Lumpur menafikan gambar bergari aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang disebarkan di laman media sosial itu berlaku di lokap Balai Polis Jinjang.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, penggunaan gari adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) badan berkanun itu untuk tahanan kecuali pesalah juvana.

Beliau turut berkata, Adam Adli juga tidak dikecualikan untuk dikenakan gari atas sebab keselamatan semasa dibawa keluar daripada lokap.

"Polis Kuala Lumpur menafikan gambar tersebut dirakam di lokap berpusat Kuala Lumpur, Jinjang," katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

Pada 18 Mei lalu, Adam Adli yang juga pelajar Universiti Perguruan Idris Shah (Upsi) telah ditahan di Bangsar kira-kira pukul 3.15 petang kerana disabitkan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan 124 B dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan.

Beliau kemudiannya turut direman selama lima hari bermula Ahad lalu dan berakhir pada 23 Mei ini.

Dalam pada itu, Zakaria juga mengingatkan orang ramai supaya tidak terus membuat sebarang spekulasi terhadap gambar yang disebarkan melalui media-media sosial tersebut.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terus membuat sebarang spekulasi ke atas rakaman gambar tersebut kerana ianya boleh menimbulkan kemudaratan kepada kestabilan negara," katanya.

# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: