Jam 9.30 pagi aku pergi mengundi dan begitu juga dengan family aku. Jam 12.34 kat rumah kami basuh jari dengan sabun. Sah .. hilang!!
Sekarang kalau kalian buka laman portal termasuk akhbar sinarharian, banyak laporan dakwat sudah hilang. Termasuk juga dengan Dato' Harun Din.
Pengerusi SPR kata kalau calit dakwat , mau kurang-kurang 3 hari baru hilang. Apa cerita ..?
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din akan membuat laporan polis sebentar lagi kerana berjaya menghilangkan dakwat kekal di jarinya.
“Setelah pulang ke rumah jam 8.50 pagi, saya cuba membersihkan dakwat kekal. Dan saya terperanjat kerana dakwat kekal itu tidak kekal. Hanya dengan basuh menggunakan air biasa tanpa solvent chemical, telah dapat dibersihkan dakwat kekal itu sehingga tidak meninggalkan sebarang kesan.
baca lagi ...
Ini pula coretan dari blog Ameno World
Gila wehhh.
Kali neh bukan cerita pasal orang lain tapi citer pasal family member aku sendiri.
Alkisahnya tadi selepas dia habis mengundi dia pun ke bilik air. Saja nak test cuci. Kot2 boleh hilang ke tak. Yelah mesti korang tahu isu mejar yang diturunkan pangkat dan ditukarkan tempat bekerja semata2 bercakap benar.
Semua tu gara2 dia report polis pasal dakwat kat jari dia hilang sejurus selepas dia mengundi. Tujuan bukan nak burukkan SPR jauh sekali nak cemarkan nama baik TUDM. Sekadar nak highlightkan kepada agensi2 tertentu untuk check kot2 ada kesilapan apa2. Boleh la repair ke apa. Kita tatau kan. Tapi instead of menyiasat laporan dia, dia sendiri kena hukum. Tak pasal2.
So disebabkan simpati pada kisah mejar tu dan juga disebabkan ramai yang cakap eh kat jari aku kekal je kat jari abah aku kekal je apasal kat jari ko tak kekal? Ko yang menipu tue.
Jadi ramai yang telah mencuci selepas mengundi. Salah seorang ahli keluarga aku. Cuci dengan sabun dan hilang. Jari aku pun aku takyah cuci tapi dakwat dok melekat kat merata tempat yang aku sentuh. Pelik gak tu. Aku pun tak faham kenapa.
Ingat sikit. Dakwat ini dibeli dengan harga yang mahal tau. So dia patut perform sepenuhnya as yang diperkatakan SPR sebelum neh.
Dalam bahasa ringkas ;
1. SPR beli dakwat kekal.
2. Kos dalam juta2. Aku tak ingat amount tepat.
3. So mahal la kan. Mahal sebab ia dakwat yang tak mudah hilang dengan air dan sabun.
4. Bila ia tak berfungsi sebagaimana yang dilaporkan apakah rakyat tak berhak bersuara?
5. Adakah SPR sendiri suka ditipu? Sepatutnya penjual jual dakwat kekal tetapi apa yang SPR dapat ialah dakwat tak kekal. So tak ke SPR rasa tertipu dan rasa nak claim balik duit? Boleh jadi dalam kes neh yang salah ialah penjual tu. Mungkin kesilapan dari pihak dia. Yang SPR nak mengelabah marah kenapa? Adakah SPR ada buat salah? Yang bn nak mengelabah gak kenapa? Adakah isu dakwat kekal neh ada kaitan dengan korang?
6. Bn dan pr ialah parti bertanding. Urusan dakwat kekal neh citer pasal SPR. BN dok tepi sudahla. Nak sentap pulak.
7. Risiko berlaku pengundian 2 kali pun ada kemungkinan bila dakwat yang sepatutnya kekal jadi tak kekal.
8. Bloggers umno kata kena tunggu beberapa jam. Baru cuci. Kalau terus cuci memangla hilang.
9. Tak ragu2 lagi kenapa mereka digelar bloggers bangang dan bodoh.
10. Disebabkan boleh hilang selepas mengundi la dia jadi isu. Ko undi then ko cuci. Then undi tempat lain plak. Main tipu. Itu la point dia.
Faham tak? Disebabkan boleh hilang selepas dicuci sejurus mengundi la ia jadi isu. Kalau tunggu lama2 then baru cuci ia tak jadi isu sebab mengundi last pukul 5 petang jek. Orang yang nak main tipu akan terus cuci dan bergerak undi tempat lain pula.
Sebab tu la ada pengundi2 yang cuci dakwat kekal tu dengan alasan dakwat yang sepatutnya kekal tidak kekal. Boleh berlaku pemanipulasian undi. Bukan nak setakat buktikan dakwat tu tak kekal semata2 jek. Bahkan nak buktikan bahawa kesilapan ini boleh menyebabkan pemanipulasian/penipuan undi.
Haizhh.
Macam mana otak bloggers2 umno korang rasa? Aku rasa otak dorang tu sekadar aksesori. Letak buat syarat. Guna memang tak ah kan.
Kah kah kah
Apa pun kepada sesiapa yang alami dakwat kekal yang tak kekal boleh report polis. Aku pun on the way neh.
Hehe.
Mari sapa-sapa yang terkena, kita buat report polis.
0 respon:
Catat Ulasan