Ameno World
Zuraidah : PAS, DAP usah sibuk jawatan MB Selangor
Aku rasa Zuraidah bercakap tanpa berfikir.
Maaf la kalau nak terasa ek. Tapi begini la idea aku.
Mula2 baca sini dulu ;
Azmin, Zuraida letak jawatan jika Khalid MBIni pula video nya ;
SHAH ALAM: Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurut sumber PKR, Azmin memberi kata dua itu dalam mesyuarat bersama Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Khalid mengisi jawatan berkenaan.
“Jika ini berlaku (Khalid dipilih), Azmin sedia meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan akan diikuti timbalannya Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pusat,” kata sumber itu.
Difahamkan, Anwar sebelum ini merancang meletakkan Azmin menggantikan Khalid selepas didesak penyokong akar umbi sebelum PRU 13 tetapi mengubah fikiran selepas Ahad lalu.
Khalid yang menerajui pentadbiran Selangor sejak 2008 mengecewakan rakyat Selangor kerana mungkir melaksanakan manifesto PRU12 membabitkan ibu tunggal, suri rumah dan warga emas yang bangkit memfailkan saman terhadap Khalid dan kerajaan negeri.
Sumber itu berkata, Khalid mendesak Anwar agar beliau dilantik semula sebagai menteri besar dan dipercayai mendapat sokongan PAS dan DAP Selangor.
Pakatan Rakyat mengekalkan Selangor walaupun pencapaian PKR sendiri merosot apabila hanya memenangi 14 kerusi DUN berbanding 15 masing-masing oleh PAS dan DAP.
Difahamkan, PAS dan PKR sudah mengemukakan senarai nama mereka yang difikirkan layak untuk menjawat jawatan menteri besar. Antaranya Azmin Ali dan Khalid Ibrahim dari PKR serta Dr Abdul Rani Othman dan Saari Sungib dari PAS.
Pemilihan bagaimanapun akan ditetapkan oleh pucuk pimpinan pakatan pembangkang.
baca lagi .. panas nih ..
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
10 respon:
erk.. betoi ke tu suara zuraidah .. kalau betoi mmg hampeh la. kecewa siut..
jgnla bawa perangai umno masuk dalam pr.kalau nak kuasa dan nak menyeleweng duit letak jawatan g masuk umno.mana ada satu terma atau perjanjian yg mengatakan kerusi mb selangor hak pkr.kalau dah pas sanggup beralah untuk bagi jawatan tu kat khalid hangpa nak sebuk apa lagi?kalau betul azmin nak lebih baik pas amik ja kerusi mb tu.ugut nak letak jawatan,siapa mau heran?ni jenis betina ngan jantan bodoh sombong.
Kata-katanya menyerlahkan nafsu yang tak terkawal. Sebaliknya menuduh org lain gila kuasa. Ingatlah, ujian dlm bentuk kekalahan lebih mudah ditangani berbanding ujian dlm bentuk kemenangan. Sebab tu lah agaknya Allah tangguhkan kemenangan.
tengok isu la kalau nak tunjuk masing masing pandai cakap pkr dap pas
kena tunjuk matang dalam soal ni jangan keluar kenyataan yang boleh nampak masing masing nak berebut.bincang peringkat tinggi buat keputusan.ini tidak semua peringkat nak cakap - tapi mengarut pula tu.ini isu rumah pr biar tok ketua selesaikan.tugas kita cari idea macam mana nak jadikan pru akan datang lebih mantap dari segala macam ketidakadilan salah satu nya bermula di pusat mengundi - macam mana nak jaga peti undi supaya tidak di salah urus. counting agent nak kena pilih yang berwibawa jangan main tangkap muat aja .urusan inilah perkara serius jangan nak tunggu pru baru nak buat itu ini.dah terlambat.
ini hanya perang saraf ubn untuk pecahbelahkan pr.jangan tertipu
aku cuma nak Tanya. kalau betul ini perang saraf. tu suara siapa?
yb ketiak masam memang macam hampeh,..oii makcik,jual makjun lagi baiklaa weyyyy
Hahahahaha padan la
MEMANG PEREMPUAN INI SEBENARNYA BANYAK MASAALAH DI AMPANG, BAGAIMANA DIA TELAH MEMINGGIRKAN KEPIMPINAN WANITA AMPANG YG TELAH BERUSAHA MENGHIDUPKAN PKR AMPANG SEJAK 1999 DAN TELAH BEKERJA KERAS UNTUK MENAIKKANNYA DLM PILIHANRAYA 2008 DULU. SETELAH MENANG MEREKA DIPINGGIRKAN DAN MEMBAWA ORG LUAR AMPANG UTK MENERAJUI WANITA AMPANG. CUMA MEREKA2 NI TAK MAHU MEMBESAR2KAN HAL NI KERANA SAYANGKAN PARTI. KALAU TAK PERCAYA CHEKLAH JAWATANKUASA WANITANYA SEKARANG TIDAK SEORANG PUN ADA DARI BARISAN WANITA LAMA. MEREKA2 INI BENAR2 KECEWA NAMUN TERPAKSA JUGA MENGUNDI BELIAU KERANA MAHUKAN KEMENANGAN PR UTK KE PUTRAJAYA. KALAU DIIKUTKAN MEREKA INI AMAT MEMBENCI ZURAIDA DAN SANGGUP MEMALINGKAN MUKA APABILA BERTEMU DENGANNYA. HARAP ADALAH PEHAK ATASAN PKR MENYELIDIKI PERKARA INI DAN INSYAALLAH MEREKA AKN MEMBONGKAR SEGALA2NYA. INGATLAH KALAU AWAK MASIH DI SINGAPURA DIMANAKAH KEDUDUKAN AWAK SEKARANG. DULU PUN SEBELUM ADA PKR BOLEH JUMPA DIA MENGADAKAN DEMONSTRASI JUALAN MLM DARI RUMAH KE RUMAH. JANGAN BERLAGAKLAH..
Catat Ulasan