Antara intipati penting yang ditunggu oleh pihak tertentu adalah apakah Azmin akan mengumumkan keluar dari PKR dan mengheret 11 lagi ahli parlimen mengikutnya. Rujuk sini untuk cerita berkaitan.
Malang sebaliknya Azmin mengumumkan dia tidak sama sekali akan keluar dan tetap utuh dalam perjuangan rakyat. Tahniah!
Mereka yang kecewa dengan pengumuman itu sudah tentu dari pihak UMNO-BN yang ternanti - nanti peluang untuk memporak perandakan PKR. Blogger pro UMNO-BN awal-awal lagi memasang jerat dalam posting mereka. Tulisan mereka ibarat batu api yang cuba untuk menyalakan api perpecahan dalam pakatan rakyat.
Apa kurangnya dengan Hassang .. orang yang kecewa ini bertambah kecewa kerana dendam kesumatnya masih belum terlunas di bumi Selangor.
Kita juga yakin kepimpinan UMNO-BN sedang berkira-kira untuk memancing Azmin dan rakan-rakannya menghentam DS Anwar Ibrahim. Satu-satunya insan yang paling dibenci UMNO-BN.
Dalam sidang media Azmin ada juga beberapa perkara yang aku tidak berapa setuju yang aku akan beri ulasan pada post akan datang. Tahniah kepada pakatan rakyat sekali lagi kerana telah memenangi perang dengan rejim UMNO-BN di bumi Selangor.
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan