“Mat Taib, dia nak bawak beg. Dia ada beg besar. Sebab itu dia tak boleh cakap Inggeris, tak boleh baca Inggeris,” kata bekas perdana menteri itu disambut dengan gelak ketawa daripada hadirin.
“Saya pun terpaksa singkir dia daripada jadi menteri besar pasal bawak beg duit banyak sangat. Dan sebab tak boleh baca Inggeris, payahlah,” tambah beliau lagi.
Dua hari selepas penamaan calon, Muhammad membuat kejutan apabila menyerahkan borang keahlian PAS kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Muhammad bekas naib presiden Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, pernah menjadi menteri besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997 di zaman pemerintahan Dr Mahathir.
Beliau juga pernah menjawat jawatan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah dari 2008 hingga 2009.
Selepas menyertai PAS, Muhammad aktif berkempen bagi membantu calon Pakatan Rakyat (PR) di seluruh negara terutamanya di kawasan pendalaman tempat majoriti Melayu yang menjadi kubu kuat Umno.
Hadirin yang hadir mendengar dengan khusyuk amanat daripada bekas perdana menteri yang telah memerintah selama 22 tahun itu.
Ucapan beliau disambut dengan gelak tawa dan sorakkan membuktikan bekas pengerusi BN itu masih lagi popular termasuk kepada orang-orang muda.
Dr Mahathir sebelum itu memberitahu penyokong parti itu betapa pentingnya kesetiaan kepada parti, walaupun tidak mendapat tempat atau digugurkan dari jawatan.
“Saya biasa disingkir daripada Umno. Tunku Abdul Rahman buang saya daripada Umno. Tapi saya tak tubuh parti lain, saya tak masuk parti lain,” kata beliau disambut dengan tepukan gemuruh dari hadirin.
Turut hadir bersama-sama dalam program malam tadi adalah naib presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin yang merupakan calon BN bagi kerusi Parlimen Shah Alam. ~insider
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
1 respon:
ini olang la mau kata sikit juga la masa dulu dia tarak cakap ini macam oi sudah dijangka dia mau cakap ini jadi tarak heran la
boleh belah.ubah tetap ubah.
Catat Ulasan