Khamis, 2 Mei 2013

Lihatlah Mahathir perlekeh bekas orang kuatnya di Selangor

Tun Mahathir Mohamad memperlekehkan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang menyertai PAS baru-baru ini di ibu negeri Selangor dihadapan penyokong kuat Umno mengatakan beliau terpaksa menyingkirkan bekas menteri besar Selangor itu kerana terlibat dengan skandal rasuah dan tidak tahu berbahasa Inggeris.

Di hadapan lebih kurang 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) di sini, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno itu memberi respon mengenai Muhammad apabila diminta oleh hadirin.



“Mat Taib, dia nak bawak beg. Dia ada beg besar. Sebab itu dia tak boleh cakap Inggeris, tak boleh baca Inggeris,” kata bekas perdana menteri itu disambut dengan gelak ketawa daripada hadirin.

“Saya pun terpaksa singkir dia daripada jadi menteri besar pasal bawak beg duit banyak sangat. Dan sebab tak boleh baca Inggeris, payahlah,” tambah beliau lagi.

Dua hari selepas penamaan calon, Muhammad membuat kejutan apabila menyerahkan borang keahlian PAS kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Muhammad bekas naib presiden Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, pernah menjadi menteri besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997 di zaman pemerintahan Dr Mahathir.

Beliau juga pernah menjawat jawatan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah dari 2008 hingga 2009.

Selepas menyertai PAS, Muhammad aktif berkempen bagi membantu calon Pakatan Rakyat (PR) di seluruh negara terutamanya di kawasan pendalaman tempat majoriti Melayu yang menjadi kubu kuat Umno.

Hadirin yang hadir mendengar dengan khusyuk amanat daripada bekas perdana menteri yang telah memerintah selama 22 tahun itu.

Ucapan beliau disambut dengan gelak tawa dan sorakkan membuktikan bekas pengerusi BN itu masih lagi popular termasuk kepada orang-orang muda.

Dr Mahathir sebelum itu memberitahu penyokong parti itu betapa pentingnya kesetiaan kepada parti, walaupun tidak mendapat tempat atau digugurkan dari jawatan.

“Saya biasa disingkir daripada Umno. Tunku Abdul Rahman buang saya daripada Umno. Tapi saya tak tubuh parti lain, saya tak masuk parti lain,” kata beliau disambut dengan tepukan gemuruh dari hadirin.

Turut hadir bersama-sama dalam program malam tadi adalah naib presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin yang merupakan calon BN bagi kerusi Parlimen Shah Alam. ~insider


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

ini olang la mau kata sikit juga la masa dulu dia tarak cakap ini macam oi sudah dijangka dia mau cakap ini jadi tarak heran la
boleh belah.ubah tetap ubah.