pen buruk online ™ : petisyen pakatan rakyat dalam PRU 13
Tinjauan ini dilakukan di dalam blog pen buruk online ™bermula 7 Mei 2013 jam 9.00 pagi dan berakhir pada 9 Mei 2013 jam 9.00 pagi.
Ianya dibuat untuk melihat sendiri mood pembaca ke atas perjalanan PRU 13 yang telah diurus tadbir oleh SPR pada 5 Mei yang lalu.
Soalan:
Keputusan PRU 13 telah diketahui secara rasmi. Apakah anda berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya umum kali ini?
Keputusan Undian
- Jumlah peserta yang mengambil bahagian adalah sebanyak 8,054
- 1,431 memilih berpuas hati yang mewakili 18% dari jumlah undian
- Manakala 82% lagi memilih tidak puas hati dengan perjalanan PRU 13 kali ini iaitu sebanyak 6,623
rujuk sini untuk keputusan rasmi dan komen para pembaca.
Pembaca siber beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya kali ini sangat mendukacitakan dengan pelbagai penipuan.
Antara yang dipertikaikan adalah warganegara asing yang dibenarkan mengundi, dakwat kekal yang tidak kekal, blackout, peti undi yang hilang dan lewat tiba.
Malah PRU13 yang dijalankan pada 505 yang lalu telah menyaksikan keganjilan kerana pengumumannya diumum agak lewat dari kebiasaan.
Dari tinjauan PBO™, keputusan rasmi yang diumumkan oleh SPR nampak seperti "berat sebelah" apabila hanya mengumumkan secara rasmi kerusi-kerusi yang dimenangi oleh pihak Barisan Nasional.
Bagi kerusi-kerusi parlimen yang tertera pakatan rakyat mendahului, ianya ditangguhkan pengumuman.
Ini menimbulkan tanda tanya kenapa kerusi yang kali pertama dikira sudah memihak kepada pakatan rakyat tidak diumum secara rasmi. Setelah beberapa keganjilan dan kelewatan tiba peti undi, kahirnya SPR mengumumkan pakatan rakyat sudah kalah dalam PRU 13 kali ini.
Protes dan himpunan telah dijalankan Di Stadium Kelana Jaya baru-baru ini dan penyertaan lebih 50 ribu sehingga 100 ribu rakyat membantah keputusan PRU 13. Peguam Negara telah mengeluarkan kenyataan parti politik boleh menfailkan petisyen dalam tempoh 21 hari dari tarikh pilihanraya.
Rafizi dan pemimpin parti pakatan rakyat sedang mengumpul maklumat dan akan membuat petisyen secepat mungkin. Terbaru PAS Perak akan menfailkan 6 petisyen pilihanraya di negeri itu.
Pakatan Rakyat Perak buat petisyen 6 kawasan
klik papar untuk butiran lanjut:-
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
4 respon:
Bro, sudah2 lah tu...
terima qada dan qadar, satu daripada rukun iman...
dah doa ko, pecah perut, Allah masih pilih bn perintah malaysia, kenapa ye???...
Klu betul ada penipuan, tunjukkan bukti. Hantar petisyen supaya pru boleh diadakan semula. ini x, asyik nak himpun, demo, bukti tak nampak juga...asyik main dengan persepsi je...
yang penting bro...
BUY MUSLIM FIRST
ABC=asal bukan cina
Jom, tingkatkan ekonomi org Islam. Ini kalilah, biar org kita pulak pegang ekonomi. Ingat! kuasa membeli ditangan kita...McD pun sampai siap buat iklan nak pujuk kita...
Biar mahal skit, xpe. Org kita juga...
bior pape asal melayu mencuri tak pe
Skrg ni sdg kumpul bukti la yob. Sabor ye yob. Nt klau dah cukup bukti, jgn pulak polis, sprm & spr tak ambil tindakan yg telus. Jgn hanya beriman kpd qada & qadar saja. Kena juga beriman dgn hari akhirat jga & 4 yg lain. Di dunia boleh la lepas bebas tapi di akhirat di hadapan Allah, dah tak boleh dah yob. Harta benda tak boleh bawa mati yob. Kecuali..tau2lah yob ye!
ABC? memang otak perkauman betul!bgs ko p minum racun paraquat la...supaya cepat pupus puak2 perkauman ni
Catat Ulasan