Jumaat, 12 April 2013

Video seks Mustafa Ali, Setiausaha Agong PAS

Semalam kecoh semalaya dengan terbitnya video seks yang dikatakan pelakunya adalah Mustafa Ali Setiausaha Agong PAS. Siapa lagi kalau bukan blogger pro UMNO yang memulakan isu tersebut.




# sila like "kami undi pakatan rakyat"



PBO hanya terbaca di beberapa blog pro UMNO dan tidaklah pula PBO berniat untuk mencari dan "share" video tersebut.


MasyaAllah. dasyat sungguh fitnah akhir zaman.

Berikut beberapa soalan yang perlu kita fikir bersama ...

1. video ini meletup / keluar tatkala tarikh pilihanraya semakin dekat
2. beberapa blogger pro UMNO terutama papagomo dalam entrynya mengaitkan penglibatan dua orang PKR yang mengedarkan video tersebut dalam sampul surat. Akhirnya dua ahli PKR tersebut ditangkap dan disitulah dikatakan "terbongkar" video itu
3. Kenapa ahli PKR? blogger pro UMNO membayangkan tindakan balas dendam PKR kepada pelaku video tersebut kerana isu kerajaan perpaduan.
4. Siapa dua ahli PKR tersebut? benarkah ahli PKR atau hanya orang upahan? Maklumat terperinci belum diperolehi.
5. APAKAH INI FITNAH TERBARU BLOGGER PRO UMNO MEMANDANGKAN FITNAH LIWAT 3 TIDAK BERJAYA
6. Kita tunggu kesudahan fitnah ini.

Baca ulasan dibawah pula yang baru dikeluarkan :

UPDATE dari portal Malaysiakini.com


ULASAN Sekarang tiba giliran pemimpin PAS pula dijadikan sasaran serangan video seks.

Sebelumnya PKR memberi amaran akan muncul serangan politik berbentuk aksi lucah dua video berasingan melibatkan dua pemimpin kanan parti itu, seorang menteri besar dan seorang lagi naib presiden.

Tidak lama sebelum pilihan raya umum 2008, aksi lucah tokoh MCA menjadi perbualan. Dr Chua Soi Lek kemudiannya mengaku dan meletakkan jawatan daripada kabinet.

Sembilan hari sebelum penamaan calon bagi pilihan raya umum 5 Mei ini, tiada sesiapa menduga PAS pula menjadi sasarannya.

Foto wajah seseorang yang kelihatan seperti tokoh utama parti itu yang berbogel dikatakan mengadakan hubungan seks di sebuah bilik.

Desas-desus ini tersebar awal malam tadi dan diberitakan di laman web The Star Online menjelang tengah malam.

Sementara Malaysiakini difahamkan tentang kewujudan imej ini sekitar 8 malam tetapi mengambil keputusan tidak melaporkan sehingga mendapat ulasan tuan punya badan.

Sementara dunia blog, khususnya yang pro-Umno, dengan tangkas menyebarkan imej-imej video tersebut bersama sejumlah maklumat yang mengejutkan.

Wanita dibayar oleh PKR?


Kononnya, menurut blog-blog tersebut, wanita yang berasmara dengan tokoh PAS itu telah dibayar oleh PKR untuk memerangkap pemimpin berkenaan.

Kononnya lagi, dua pemimpin Pemuda PKR berjaya ditahan dan disiasat berhubung pengedaran video lucah ini di Besut, Terengganu semalam.

Lebih memeranjatkan, sekonyong-konyongnya menurut blog lagi, dalam satu rondaan polis pada 7.45 pagi semalam, pihak berwajib telah menemui "16 sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi sekeping cakera padat video gambar lucah" di satu kawasan perumahan di Kampung Alor Lintang.

Sama ada sahih atau tidak, blog menyebut: suspek ahli PKR Kuala Terengganu telah mengedar salinan video tersebut, lebih kurang 11 minit 25 saat.

Video itu memaparkan seorang perempuan, kata blog lagi, disyaki bukan warganegara melakukan hubungan seks dengan tokoh berkenaan.

Jadi, berbeza kes video lucah mantan menteri kesihatan, sensasi terbaru ini mempunyai dimensi politik konspirasi dalam Pakatan Rakyat.

Alasannya, menurut blog pro-Umno lagi, tokoh PAS itu cuba membawa masuk mantan pemimpin kanan yang telah terpinggir dan seorang tokoh parti yang telah dipecat.

Oleh kerana tidak suka dengan langkah tokoh PAS berkenaan, maka dirancanglah satu "perangkap seks" sedemikian rupa!

Yakinkan penyokong totok Umno


Persoalan yang muncul: kenapa perlu video lucah itu diedar di Besut, sebuah kawasan parlimen yang dikenali kubu kuat Umno?

(Atau, dua pemimpin muda PKR itu memang berasal dari daerah Besut?)

Jika begitulah hasratnya, untuk apa lagi diyakinkan kepada penyokong totok Umno bahawa pemimpin PAS memang tidak guna?

Apakah tidak cukup selama berdekad-dekad serangan Umno terhadap PAS di negeri penyu itu?

Kerusi parlimen itu atau Terengganu umumnya tidak pernah dikhabarkan akan bergoncang pada pilihan raya 5 Mei nanti -- tidak seperti Negeri Sembilan, Kedah, Johor atau Perak.

Kenapa tidak diedarkan di Marang, kerusi presiden PAS Abdul Hadi Awang atau Kuala Terengganu yang bakal ditandingi seorang arkitek terkenal dan kerabat diraja?

Jika serangan video itu dilancarkan oleh PKR dengan gaya baling batu sembunyi tangan, kenapa tidak ia disebarkan sahaja melalui Internet, media berpengaruh yang dikuasai sebaik-baiknya oleh parti itu?

Bukankah Internet sudah menjadi sarang bahan-bahan porno yang boleh dijadikan saluran sebaran dengan murah tetapi sasarannya ribuan, malah jutaan, penyokong PAS?

Jika pengundi meragui kesucian pemimpin-pemimpin PAS, apakah kesannya kepada Pakatan Rakyat yang ingin merampas Putrajaya? Tidakkah menyerang PAS bererti juga menghakis peluang pembangkang menambah undi?

Walaupun ia tidak mustahil, dan sekalipun video itu benar, bagaimana mungkin PKR merancang menggoda tokoh PAS itu dan kemudiannya merakam pula aksi ranjangnya?

Jika ia benar, tentulah ia diusahakan oleh unit perang saraf terbaik PKR sehingga tidak terbocor kepada sesiapa -- daripada mengupah wanita itu, kemudian menggoda tokoh politik berkenaan dan kemudian lagi memasang kamera di bilik tidur.

Jika wujud unit terhebat itu, kenapa pula unit itu tidak berjaya mengedarkannya dengan senyap-senyap tanpa dengan mudah diketahui umum dan ditangkap polis?

Jika benarlah laporan polis mengesyaki wanita itu bukan warganegara ini, bagaimana pula blog pro-Umno dengan mudah mendapat pengakuannya?

Sejak bila pula polis atau penulis pro-Umno menemui wanita itu dan mengambil keterangannya?

Dan bagaimana pula unit terbaik PKR itu gagal menyembunyikan wanita upahannya agar tidak dicekup oleh pihak berwajib atau musuh-musuh politiknya seperti BN atau Umno?

Pendek kata, skrip video lucah pemimpin Pakatan -- sekalipun benar-benar wujud -- tunggang-langgang dan boleh menjadikan orang ramai cukup meluat dan menentang BN habis-habisan pada Ahad, 5 Mei nanti.




Mungkin kalian ada pandangan untuk dikongsi.



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Tanpa Nama berkata...

yg kena tuduh perlu tampil buat penjelasan

Tanpa Nama berkata...

siapa lagi kalau bukan AhlulBahlul PAStinya PAS.

Tanpa Nama berkata...

Hello Mat bodoh n lembu..kamu ni patut jadi lembu...kalau orang fitnah bapak mu berzina ngan betina lain atau mok mu berzina ngan orang jantan..mu n lembu marah tak..kee mu ni kaki tutuh jubug lembu..

hamsah berkata...

Tidak akan redha yahudi dan nasrani hinggalah kamu mengikuti cara hidup dan agama mereka. Dengarkanlah perancangan mereka dan fikir-fikarkanlah.
Sila dapatkan maklumat de http://www.anwaraidc.com/?p=33710
dan sambungannya http://www.anwaraidc.com/?p=33738 ada
videonya dan ada tulisannya, lebih mudah mendengar videonya.
Tidak kira siapa sokongan anda pastikan masa depan Islam
terpelihara adalah tujuan utama sokongan anda

ahlee berkata...

Soalan saya mudah - Kalau Salahuddin Ayub boleh bersumpah atas nama Allah bahawa dia tidak pernah berzina, maka mengapa susah sangat Mustafar Ali dan Anwar Ibrahim untuk melakukan perkara yang sama?

Tanpa Nama berkata...

yup..i setuju pi la angkat sumpah...bukannya terok pon..kalau xleh duduk kt ats lantai..guna kerusi roda..pas tu angkat tgn kanan..cakap wallahi wabillahi watallohi...