Rabu, 1 Mei 2013

Saya doa Tun M terus sihat untuk lihat.... - Anwar

PERMATANG PAUH: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mati cepat sebagaimana yang tuduh olehnya semalam.

Sebaliknya, memohon usia Dr Mahathir terus sihat untuk melihat kejatuhan segala yang pernah dibuat di zaman kegemilanganya.

"Saya masih ingat lagi apa yang didoakan oleh Almarhum Presiden PAS, Ustaz Fadhil Mohd Noor agar Tun Mahathir sihat supaya dia dapat melihat sendiri kejatuhan yang pernah diimpikanya," ujar beliau.




Apa yang diucapkan ialah Dr Mahathir jangan hanya fikirkan kubur orang lain saja sebaliknya fikirkan kubur sendiri memandangkan usianya kini kian lanjut.

Beliau keliru, macamana Dr Mahathir boleh tertipu dengan kenyataan dari media yang mengatakan Anwar sanggup mendoakan kematian Perdana Menteri yang ke empat itu.

"Ini semuanya mainan media seperti TV3. RTM dan akhbar pro Barisan Nasional (BN) yang sanggup bertindak menabur fitnah dan keburukan orang lain yang tidak sebulu dengan kepimpinan Kerajaan BN.

"Tak apa biarlah mereka tabur fitnah kerana lepas ini mereka tidak boleh buat lagi kerana kita sudah membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat. Jika masih ada yang degil tak ikut cakap pasti dibicarakan, " katanya.

Beliau yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri menegaskan, tidak pernah takut dengan individu bernama Mahathir Mohamad seperti mana Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak yang terlalu akur dengan kehendak Dr Mahathir walaupun apa yang diputuskan dalam mesyuarat berlainan.

Menjadi orang takut sambungnya, menyebabkan rakyat tertekan ekoran semua keputusan dibuat berdasarkan kepada kepala otak mereka sahaja.

Berceramah sama dalam program anjuran PKR Cabang Permatang Pauh itu ialah calon PKR Seberang Jaya, Dr Afif, calon Penanti, Dr Norlela Arifin, calon PAS Permatang Pasir, Datuk Saleh Man dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Ustazah Rahmah Mat Isa.~RM



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

9 respon:

Tanpa Nama berkata...

SATU ALASAN ANWAR ITU BERAGAMA ISLAM
Dulu AKU sokong Anwar dan percaya semuanya konspirasi Tun M dan AKU akan marah kalau orang kata Anwar Meliwat. Tapi lepas Saiful berani bersumpah laknat barulah AKU terfikir hanya orang yang yakin dirinya tidak bersalah saja yang berani bersumpah laknat, jadi macam mana dengan orang yang mengaku Islam tapi takut bersumpah demikian kerana bagi Anwar beliau masih seorang Islam sebab itu beliau takut bersumpah dengan bersaksikan Al-Quran kerana beliau yakin Allah akan menunjuk balasanya serta merta jika segalanya adalah benar. Kepada semua orang PR kalau boleh minta Anwar bersumpah laknat terlebih dahulu baru kita sama-sama bagi sokongan jangan hanya mendengar janji-janji beliau sahaja, Kalau setakat bercakap saja siapa-siapa pun boleh.Lakukanlah Datuk Sri Anwar Ibrahim SUMPAH LAKNAT dan Tunjukkan kepada rakyat bahawa semuanya adalah fitnah oleh UMNO agar kami bekas pengikutmu akan kembali kepada perjuangan mu.
MACAM MANA PENGANUT PR BERANIKAH MENCABAR ANWAR BERSUMPAH SEBELUM PRU13 ATAU TAK YAKIN DENGAN MUKJIZAT ALQURAN DAN BUKANKAH ALQURAN ITU SEBESAR-BESAR MUKJIZAT YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA UMAT NABI MUHAMAD S.A.W. jANGAN KERANA POLITIK KITA PUSINGKAN SALAH SATU RUKUN IMAN. SUMPAH LAKNAT WUJUD SEBAGAI SATU KELEBIHAN BAGI UMAT ISLAM UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN ATAU KEBATILAN YANG TERHIJAB KERANA TIDAK ADA AGAMA LAIN YANG MELIBATKAN SUMPAH LAKNAT SEBAGAI JALAN TERAKHIR UNTUK MEMPERTAHANKAN MARUAH SESEORANG DAN KITA MESTI YAKIN DENGAN KEBESARAN ALQURAN. TAPI SAYANG ULAMA PAS SEKALIPUN ADA JUGA MENCARI ALASAN SUPAYA ANWAR TAK PERLU BERSUMPAH DAN AKU YAKIN PENGIKUT ANWAR JUGA SENGAJA MENCARI ALASAN YANG SAMA, JANGAN SANGKA ALLAH ITU TIDUR KERANA JIKA MENGAMBIL PEMIMPIN YANG ROSAK MORALNYA ADALAH LEBIH HINA KEDUDUKANYA DARI ORANG BUKAN ISLAM.
WIRA TEMPUR LAUTAN SULU

Tanpa Nama berkata...

woi bodoh.. ko memang pendusta agama.. dh la sesat sebab jahil.. nk suruh org lain jadi sesat pulak dah..

Tanpa Nama berkata...

Rasanya elok kau tanya bapa saiful tentang kes liwat ni.....

Tanpa Nama berkata...

Ingat tak ada dah orang bangang.Mula dengan Madey Tok guru lucah,turun ilmu lucah ke Najib C4 seterusnya orang-orang bangang lagi tolol.Pergi Kelantan canang 7 dosa besar,dosa maha besar sendiri tak ingat.Bapa hutang negara.Gila dan hina punya penjilat cukup-cukuplah.

Tanpa Nama berkata...

sesatlagi menyesatkan......semoga Allah bagi kau hidayah...

JAKA berkata...

lembu umno memang bebal. dh berapa kali org ckp sumpah laknat bukan cara islam utk kes liwat ini. jgnlah berhujah guna agama. mahkamah umno dh bebaskan anwar.

2 kali anwar sumpah zaman reformasi dulu adakah tv3 gila tu nak tunjuk. kau ni tk kenal lagi umno ni sama jahat dgn Zionist tp Zionist baik lagi sebb terang2 kafir. umno munafik lagi

JAKA berkata...

aku paling meluat kalau umno nk guna hujah agama terutama kes liwat. mcmlah kuat sgt beragama. tp dlm beribu kes2 seleweng sex dll yg umno buat... agama dibuang dlm longkang.

inilah jelas umno itu munafik. lagi satu tkpayahlah nk guna ID Wira tempur lautan sulu. kebodohan kau lah yg menyebabkan polis tentera jadi susah sebb kes sulu adalah konspirasi umno menjual Negara kpd sulu. yg jadi mangsa polis tentera. org mcm kau perasan hebat bela Negara bersama umno. UMNO LAH DALANG NYA KAU TAU TAK. lain kali jgn asik baca media fitnah umno saja. buka lah minda tu tk guna perasan hebat wira tempur tp jadi alat pemimpin penipu.

JAKA berkata...

sebenarnya bukan tv3 yg menipu kata anwar doa mamak tu mampuiih. anwar tkkan buat mcm tu dia pemimpin agung.

tv3 pun tkkan siar fitnah terhadap anwar sekali gus mengutuk mahadey dlm baik. kecuali rosmah suruh la.

yg betulnya mahadey sendiri reka cerita dan yg jadi mangsa adalah media umno sendiri.

BUKANKAH MAHADEY PAKAR BUAT KERJA JAHAT DAN SALAHKAN ORG LAIN. untung mamadey dpt melayu umno yg mudah lupa. 400 kali kena tipu pun masih hiduuuuuuuup umno. gasak korang la

samseng kg telok berkata...

aku nak habaq kat hang.. sapa tak kenai aku.. aku lah samseng kg telok.. dulu aku dok pecaya kat umno ni.. rupa2nya selama ni depa dok tipu kita rakyat Malaysia.. nasib baik aku bekawan dengan orang PAS, depa banyak menyedaqkan aku dari dibuai HASUTAN SYAITAN YANG DIKENALI, Alhamdulillah. Aku tinggai profesion samseng dan join PAS dan banyak belajaq ugama. banyak kitab2 yang aku beli dan berguru, so kalu umno nak temberang tak boleh kelentong aku le.. bab2 sumpah ni budaya orang Arab, umno ni nak ikut Arab ka atau nak ikut ISLAM ? umno ni kalau becakap saja pembohong, tu pasai aku tak mau ikut depa lagi. Bab zina/liwat tak boleh main tuduh, kena ada saksi.. mana ada zaman nabi orang mai bersumpah junjung Al-Quran.. tak ada dalam hadis main pakai junjung Al-Quran. Orang Arab pun tak buat keje macam ni..