Najib hadir ke kolej itu di Skudai, Johor bagi merasmikan majlis pecah tanah untuk kampus barunya manakala dua gadis itu ditugaskan sebagai wanita pengiring bagi menyerahkan pen supaya perdana menteri dapat menandatangani plak.
"Majlis itu diadakan atas sebuah platform di padang. Kami pakai cheongsam.
"Bersama pelajar lain yang memakai pakaian tradisional masyarakat masing-masing, kami mengiring Najib ke dewan universiti selepas majlis pecah tanah itu," cerita gadis pertama, yang mahu dikenali sebagai 'X'.
Bagaimanapun, selepas Najib dan jurugambar media naik ke pentas, sekumpulan penyokong terdiri daripada lelaki muda berpakaian biri BN juga terasak ke pentas.
Katanya, beliau dan rakannya - yang kami rujuk sebagai 'Y', juga berada di atas pentas tetapi tertolak daripada Najib oleh penyokong yang mengelilinginya.
Penyokong-penyokong yang kasar itu kemudian bersama-sama memasuki kampus, dengan Najib menaiki motosikal mereka.
"Tempat itu sungguh padat. Kami malah tak dapat dekati perdana menteri untuk menyerahkan pen kepadanya, jadi kami serahkan kepada pembantunya.
"Kemudian ada seseorang sentuh punggung saya. Saya beritahu dia (Y) 'seseorang sedang sentuh saya'...," katanya.
sumber sini
UPDATE:
Siswi disaran buat laporan polis
Pengerusi BN Johor Abdul Ghani Othman menggesa dua mahasiswa Kolej Universiti Selatan yang mendakwa dicabul penyokong BN dalam majlis dihadiri perdana menteri semalam tampil membuat laporan polis.
"Tapi kalau berlaku tolong buat laporan pada polis dan biar mereka siasat," katanya ketika ditanya pemberita.
Beliau bagaimanapun berkata, tuduhan itu "tidak semestinya betul siapa yang membuatnya".
NONEGhani berkata, beliau tidak sedar jika benar dakwaan itu berlaku walaupun hadir dalam program yang dirasmikan Datuk Seri Najib Razak di Skudai itu.
"Ia kawasan awam, kamu tahu. Tiada organisasi mampu melihat kemungkinan berlakunya insiden sebegitu. Ia sebenarnya (tanggungjawab) keselamatan oleh polis," tambahnya.
mohon maaf
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden kolej itu Thock Kiah Wah secara terbuka meminta maaf atas kejadian semalam, termasuk insiden gadis yang didakwa dicabul.
Permohonan maaf itu dibuat selepas 200 mahasiswa berkumpul dan menyatakan bantahan mereka, serta berkali-kali menuntut Thock meminta maaf.
"Semalam saya sudah minta maaf (secara peribadi kepada siswa itu). Hari ini saya minta maaf kepada semua orang. Hari ini saya minta maaf lagi," katanya. ~mkini
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
0 respon:
Catat Ulasan