Sabtu, 27 April 2013

RM3 juta Najib belanja untuk iklan 1M4U .. gila melampau!

KEMPEN pilihanraya BN di Internet semakin hebat dengan pelbagai video propaganda dimuat turun untuk menarik perhatian rakyat, terutama golongan muda.

Antara yang terbaru ialah video klip lagu IM4U yang melibatkan beberapa penyanyi terkenal negara seperti Vince, Jacqueline Victor, Noh Omar dan sebagainya.

Dengar cerita, banyak wang telah dibelanjakan untuk memastikan kempen pilihnaraya BN ini berjaya, dengan klip video IM4U ini sahaja memakan belanja sebanyak RM 3 juta untuk disempurnakan.




Dari dokumen yang kami perolehi menunjukkan kos untuk membayar setiap artis yang terlibat dalam video tersebut ialah antara RM 200 ribu hingga RM 300 ribu seorang tapi yang mengejutkan, 6 pemuzik dalam klip video tersebut hanya dibayar sebanyak RM 2,000 seorang sahaja!!

Besar bezanya tu, nak guna peratusan pun berapa ribu peratus nak letak?

Memanglah peranan masing-masing berbeza, dengan penyanyi memainkan peranan yang jauh lebih penting dari pemuzik, tapi takkanlah berbeza benar jumlahnya? Inilah UMNO, menipu tidak ingat-ingat. Orang yang bantu kempennya pun tidak terlepas dari menjadi mangsa penipuannya.

Apa pun itu hanya sebahagian dari isu. Isu yang lebih penting ialah, jumlah keseluruhan untuk pembikinan video klip tersebut sahaja mencecah RM 3 juta!! Ini baru satu klip, belum klip-klip yang lain lagi.

Dari mana BN memperolehi wang yang sedemikian banyak untuk membiayai kempen mereka ini pun, masih menjadi tanda tanya di kalangan rakyat. Pakatan Rakyat juga ada menjalankan kempen yang lebih kurang serupa, tapi tidaklah sampai sebanyak itu jumlah wangnya.

Rakyat perlu menolak pendekata menggunakan wang tidak berhemah seperti ini. Kita berdoa wang ini sumbernya bukan dari wang rakyat. Atas sebab yang sama, dokumen yang diperolehi Pakatan Rakyat ini akan disimpan sehingga kita berjaya berkuasa nanti.

Pada waktu itu, barulah tindakan akan diambil.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"


~sumber asal sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Carlos Santiago berkata...

itu baru 3 juta. kat utube tu perggghhhhh... masyukk google...

p/s: mohon masuk bloglist bro.

admin BANkami
http://bankami.blogspot.com