Sabtu, 6 April 2013

Papagomo! Jangan lupa 22 April ini!!

Mahkamah Tinggi menetapkan 22 April untuk pengurusan kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengendali blog 'Papa Gomo' yang didakwa menyiarkan perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan ketua pembangkang itu dalam video seks dengan seorang lelaki di laman berkenaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong menetapkan tarikh itu dalam kamar dengan kehadiran peguam Mohd Afiq Mohd Noor.





# sila like "kami undi pakatan rakyat"


Mohd Afiq memberitahu pemberita pihaknya diarah menyerahkan writ dan tuntutan saman sebelum tarikh pengurusan kes kepada Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30, dan jika gagal, beliau akan mengemukakan 'penyampaian gantian' menerusi iklan di akhbar.

Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.

Selain gantirugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh Mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan.

- Bernama

PBO: Demi bangsa, agama dan Negara papagomo mesti berani menyahut saman tu hehehehhe. Jangan pula Wan Muhammad Azri Wan Deris tak mengaku blog.



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: