Khamis, 18 April 2013

Panas!!Dalam MIC tak ada sekor pun anak jantan?!

Oleh kerana undang-undang negara gagal menjatuhkan hukuman setimpal ke atas Zulkifli Noordin yang menghina kaum India dan agama Hindu, maka biarlah rakyat
menghukum individu itu dengan memastikan dia kalah di Parlimen Shah Alam dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei.

Demikian ringkasan pandangan dan hujah berani yang dikemukakan oleh ketua pengarang akhbar Thina Kural, P.R. Rajan dalam ruangan editorial akhbar itu pada
17 April.

Sehari sebelum itu, saya menunggu dengan penuh debaran untuk mengetahui siapakah calon-calon Barisan Nasional (BN) dan MIC yang akan bertanding, khususnya
bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.




# sila like "kami undi pakatan rakyat"


Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menyerahkan surat aku janji dan watikah pencalonan kepada calon-calon BN Selangor di Shah Alam manakala Presiden MIC,
Datuk Seri G. Palanivel mengumumkan senarai calon MIC bagi seluruh negara di pejabatnya di Kuala Lumpur.

Kejutan besar yang saya terima adalah apabila dimaklumkan beberapa rakan menerusi laman rangkaian sosial Facebook bahawa Timbalan Presiden Perkasa yang
juga bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu diumumkan bakal bertanding atas tiket BN bagi merebut kerusi Parlimen Shah Alam.

Pencalonan Zulkifli tidak mendapat reaksi mana-mana pemimpin MIC.Kejutan terbesar pula adalah apabila saya mendapat pengesahan berita itu menerusi Utusan
Online dan Bernama bahawa Zulkifli bertanding sebagai “rakan BN”.

Masyarakat pelbagai kaum dan agama pasti ingat bagaimana pada 3 April, Zulkifli “menyusun sepuluh jari mohon maaf sekiranya saya mengguris hati mereka
(penganut agama Hindu) kerana saya tak berniat nak menghina agama Hindu”.

Bagaimanapun, dua hari kemudian, keluar pula berita mengenai satu lagi klip video menunjukkan lelaki rasis dan ultra kiasu itu menuturkan kata-kata seperti
“entah keling mana bawa kitab Hindu dia” dan “keling ni bawa kitab Hindu sumpah” pada 6 Mac.

Apakah agaknya reaksi para pemimpin MIC yang selalu mendabik dada mengatakan bahawa mereka dan parti mereka mewakili kaum India dalam kerajaan dan BN?
Mampukah mereka bersuara menentang pencalonan Zulkifli atau hanya tunduk membisu di hadapan tuan (Umno)? Segera saya tidak sabar untuk mendapatkan akhbar-akhbar
Tamil pada 17 April untuk melihat “kejantanan” dan “keikhlasan” para pemimpin MIC — khususnya 9 calon kerusi Parlimen dan 18 calon kerusi DUN — bersuara
demi maruah kaum India. Tambahan pula, Najib sendiri mengakui bahawa undi kaum India bakal menjadi penentu kejayaan BN dalam PRU-13.

Bukan salah akhbar-akhbar Tamil

Apabila saya meneliti kelima-lima akhbar Tamil pada keesokan hari, saya amat kecewa. Akhbar Tamil Nesan, Malaysia Nanban, Makkal Osai, Thina Kural dan
Nam Naadu tidak menyiarkan sebarang “bantahan” pemimpin MIC terhadap pencalonan Zulkifli. Saya tidak membazir masa membaca Senthamil, akhbar keenam yang
terbit mulai 1 Mac.

Saya tidak menyalahkan akhbar-akhbar Tamil berkenaan atas “kegagalan” menyiarkan berita yang sangat-sangat saya harapkan dan mahu dibaca oleh orang ramai.
Bak kata pepatah Tamil, apa yang ada di dalam periuk, itulah yang akan dapat dicedok dengan senduk.

Pada sebelah malam 16 April, seorang rakan wartawan kanan yang berwibawa dari Makkal Osai menyatakan menerusi Facebook bahawa “tidak ada seekor anak jantan
dari MIC berani menyoal Najib mengenai pencalonan Zulkifli”.

Akhbar-akhbar Tamil pada 17 April dihiasi berita-berita mengenai pencalonan BN dan MIC. Wajah-wajah ceria Palanivel, Subramaniam, Devamany, Saravanan,
Sakthivel, Prakash Rao, Murugesan dan Mogan (lapan calon kerusi Parlimen) serta 18 calon kerusi DUN menghiasi kesemua akhbar berkenaan. Sekali gus membuatkan
saya semakin menyampah pada “kedayusan” para pemimpin terbabit.

Sebelum ini, menerusi kempen “Sayangi Selangor, Yakini BN” dalam usaha merampas semula Selangor, Najib kononnya sudah mengakui kesilapan lalu dan berjanji
tidak akan melakukan kesilapan. Tetapi “Tokoh Nambikei” kini membuatkan keyakinan/­kepercayaan orang ramai (khususnya kaum India) “hancur seperti tembikai”
apabila memilih Zulkifli sebagai calon BN.

Rata-rata akhbar Tamil semalam menyiarkan berita pencalonan MIC/BN.Muka depan Makkal Osai melaporkan, senarai calon MIC menampilkan “50% muka baru, 100%
dijamin menang”. Thina Kural pula melaporkan bahawa MIC berdepan “ujian besar kerana kurang satu kerusi DUN”. Berita penting pengumuman “80% muka baru
di Selangor” oleh Najib mendapat tempat di kesemua akhbar Tamil. Senarai penuh calon-calon BN seluruh negara disiarkan di halaman 2 dan 6 akhbar Malaysia
Nanban.

Di muka depan Tamil Nesan dan Malaysia Nanban, wajah-wajah calon MIC serta logo parti dipaparkan sebagai berita utama. Muhyiddin Yassin pula mengingatkan
pengundi supaya “jangan percaya janji-janji kosong pembangkang”. Berita calon-calon BN di Wilayah Persekutuan dan MIC di Perak juga disiarkan di bahagian
dalam.

Mengikut data, ada sekitar 15,000 pengundi kaum India di Parlimen Shah Alam, sekitar 31,000 (Kota Raja), hampir 21,000 (Kapar) dan sejumlah 17,000 (Subang).
Malangnya tiada berita yang dinantikan pembaca akhbar Tamil mengenai pencalonan Zulkifli.

Palanivel lebih berminat untuk mendabik dada membuat kenyataan bahawa “BN akan rampas kembali Kedah, Perak dan Selangor” (Makkal Osai, halaman 16). Vikneswaran
— yang tidak dicalonkan — pula menyeru kaum India supaya “jangan lupa wajah suci Perdana Menteri” (Thina Kural, halaman 5) dan “undilah calon-calon MIC
dengan menganggap mereka sebagai adik-beradik” (Tamil Nesan, halaman 15).

Memanglah akhbar Makkal Osai (halaman 3), Thina Kural (halaman 16), Tamil Nesan (halaman 2) dan Malaysia Nanban (halaman 1) menyiarkan foto dan berita
lelaki fanatik, rasis, etnosentrik dan ultra kiasu bernama Zulkifli. Tetapi sekadar disiarkan sebagai berita bahawa dia calon BN untuk kerusi Parlimen
Shah Alam.

MIC, PPP akan bantu Perkasa berkempen?

Akhbar Thina Kural tampil dengan kelainan (baca: keberanian) apabila menyiarkan kenyataan bekas ADUN Sungkai, A. Sivanesan (DAP) yang mempersoalkan tindakan
BN mencalonkan individu rasis seperti Zulkifli. Dalam berita di halaman 5, politikus itu bertanya, apakah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India/Hindu dan
MIC akan menyuarakan bantahan.

Di halaman 7 akhbar sama, disiarkan analisis menarik oleh Pengerusi Suaram, K. Arumugam bertajuk “Jika BN menang, Rakyat alami kekalahan”. Manakala dilaporkan
di halaman 16 bahawa “Umno Selangor ketakutan kerana Muhammad Taib sertai PAS”.

Pencalonan Zulkifli tidak mendapat reaksi mana-mana pemimpin MIC.Laporan di halaman 8 dan 9 akhbar Nam Naadu secara terang-terangan­ adalah kempen bagi
calon-calon MIC menjelang PRU-13. Bagaimanapun, saya tertarik membaca berita di halaman 3.

Pada 16 April, tersebar berita menerusi Facebook bahawa Ketua MIC Bahagian Shah Alam, Suppaiah mahu meletak jawatan berikutan pencalonan Zulkifli. Tentu
sahaja “tindakan berani” itu mendapat sokongan ramai orang di ruang siber. Bagaimanapun, saya terpaksa membetulkan “berita palsu” itu sebelum ia terus
menular. Hal ini berikutan Nam Naadu melaporkan penafian Suppaiah. Rupa-rupanya hanya khabar angin di ruang siber!

Di halaman 5 akhbar Tamil Nesan, dilaporkan bahawa “Najib berjaya tawan hati kaum India melalui slogan Nambikei”. Sepatutnya ditambah bahawa “nambikei”
itu hancur pada saat Najib mengangkat Zulkifli sebagai calon BN.

Pada Februari 2013, Ketua Publisiti dan Perhubungan MIC, Vell Paari lantang bersuara menentang tindakan Ridhuan Tee Abdullah menghina penganut agama Hindu.
Orang kuat akhbar Tamil Nesan itu juga mengancam (kononnya) akan berkempen meminta orang ramai tidak mengundi calon-calon BN dalam PRU-13 jika tiada tindakan
diambil ke atas lelaki ultra kiasu itu.

Dalam kes pencalonan Zulkifli pula, saya amat kecewa kerana tiada sebarang kenyataan Vell Paari disiarkan di Tamil Nesan. (Kenyataannya hanya disiarkan
di beberapa portal berita dalam talian semalam dan mungkin disiarkan di akhbar-akhbar Tamil hari ini.)

Berbalik pada keberanian ketua pengarang akhbar Thina Kural, P.R. Rajan membidas pencalonan Zulkifli, beliau turut menyebut dalam ruangan editorial akhbar
itu mengenai “nambikei yang tercedera”.

Agak menarik apabila Rajan mengungkitkan mengenai tindakan pantas Pemuda MIC berkejar ke Sepang dan segera membina semula tempat sembahyang (kuil kecil)
yang dirobohkan pihak berkuasa tempatan tidak lama dahulu. Bagaimanapun, MIC hanya mengunci mulut apabila individu ultra kiasu yang menghina agama Hindu
dan kaum India dicalonkan atas tiket BN dalam PRU-13.

“Perkasa tentu turun padang berkempen bagi Zulkifli di Parlimen Shah Alam. Apakah pemimpin MIC, PPP dan sebagainya akan turut serta tanpa rasa malu dan
terhina?” Rajan bertanya sambil menyatakan bahawa harapan orang ramai adalah agar pengundi kaum India di kawasan Parlimen Shah Alam tidak mengundi Zulkifli.

“Biarlah kekalahan Zulkifli menjadi ubat bagi nambikei (keyakinan) kita yang dicederakan,” katanya dengan penuh simbolik dan saya amat bersetuju dengan
seruan itu.

* Uthaya Sankar SB tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi beliau menentang politikus dan parti politik yang korup dan mengamalkan rasisme.

oleh: Uthaya Sankar SB - "Pencalonan Zul: MIC membisu"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

kah..kah..kah..MIC waiting for KEY MOUSE utk bergaduh dgn pluto "ANJING KESAYANGAN" ler..kah..kah..kah..!