RUANG PENGIKLANAN

HANYA RM10 UNTUK LANGGANAN (1) BULAN!! MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

Khamis, 18 April 2013

Panas beb .. kem UMNO-BN bergolak lagi .. kali ini pemimpin wanita pula mengamuk!

PBO kata: Keh keh keh keh .. satu persatu masalah timbul menimpa kem Najib UMNO-BN setelah dia mengumumkan senarai nama calon PRU 13 yang akan mewakili UMNO-BN nanti.

Terbaru dan masih hangat adalah kemarahan Naib Ketua Wanita UMNO , Datuk Kamilia Ibrahim.

Makin goyang la kem Najib UMNO-BN tapi PBO ingatkan pakatan rakyat tak boleh duduk selesa sehingga wisel penamat dibunyikan.

Punca kemarahan berbaur ugutan dari Datuk Kamilia Ibrahim ...




# sila like "kami undi pakatan rakyat"


SHAH ALAM – Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.

Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

“Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional,” katanya.

“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan,” katanya.

Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu.


“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan.

“Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya.

“Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti.

“Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak
dicalonkan oleh BN dalam PRU13.

Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut.


Hehehehehe kita tengok apa jadi pada nama calon yang telah dimuktamadkan oleh Najib tempoh hari.




3 respon:

  1. padan muka .. jilat lagi!

    BalasPadam
  2. hehe..jilat kuat sgt..xkan la nk kena dicalonkan baru bole bantu parti...

    BalasPadam
  3. Menurut firasat hamab yang pacal , jelas menampakkan kepada kita dr zamri memilih bulu basah dalam membuaut penilain , malah untuk dato kamalia usah lah bergusar hati .. tak percaya tanya najib.. tunjukkan kemampuan dan bekerja keras ..menang bn jawatan 'senator' dalam gengaman dato.. saya amat setuju dato diberikan pengiktirafan tapi maca pun tidak merungut walaupun ng yen yen digugurkan.

    Tetapkan iman terus berjuang.. kami orang bawah ini lagi teruk .. tak pernah kerja minta imbuhan pun walaupun kami tahu tanpa kami tak ada orng macam dato duduk diatas .. bersabar lah .. buat sembahyang hajat dan yang penting jangan lah tinggalkan kem bitu lari ke kem biru muda atau hikau

    BalasPadam

~PELUANG TINGKATKAN TRAFFIC BLOG ANDA:

borang untuk tukar link

~ dapatkan auto update via email anda

langgan artikel terkini pen buruk online ™

KONGSIKAN POST INI DI MEDIA SOSIAL ANDA

Artikel Terbaru