Sabtu, 6 April 2013

Panas! PAS WP, Azmin tekad tidak mahu pakatan menang PRU 13?

PBO bengang betul dengan pemimpin pakatan yang masih lagi guna media untuk buat kenyataan mengenai MASALAH paktan rakyat.

Berapa kali mau cakap? Berapa kali mahu bagitau yang jangan bodoh sangat buat statement berkaitan "masalah" pakatan secara umum.




# sila like "kami undi pakatan rakyat"



Korang tengok ada tak pemimpin UMNO-BN buat statement secara terang-terang dalam akhbar. Bukan mereka tidak ada masalah. Mesti ada masalah sana sini dalam pemilihan calon. Tapi depa pandai cover.

Aku bengang betul.

Orang bawah ni sibuk nak menangkan pakatan, cari maklumat dan info untuk rakyat agar undi pakatan, korang senang - senang je buat publisiti murahan supaya rakyat Nampak "pakatan" ni masih rapuh. Bodoh ke apa korang ni?

Media tau apa.Mereka mesti nak cari bahan yang boleh lariskan akhbar. Korang yang terlebih cerdik.

PBO syor kepada 3 pemimpin teratas pakatan sama ada dari PAS, PKR dan DAP tolong jaga anak buah. Janan buat kerja bodoh.

Berikut adalah petikan akhbar yang PBO maksudkan:

Wartawan Sinar Harian
6 April 2013

KUALA LUMPUR - Pas Wilayah Persekutuan kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung pengumuman pembahagian kerusi pakatan pembangkang di Wilayah Persekutuan.

Pesuruhjayanya, Mohamad Noor Mohamad berkata, pengumuman dibuat Azmin untuk PKR bertanding di Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan sama sekali bercanggah dengan keputusan Majlis Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan sebelum ini.

Beliau berkata, kenyataan Azmin Ali tidak mencerminkan semangat setiakawan dan perpaduan Pakatan Rakyat (PR) khususnya di Wilayah Persekutuan.

"Azmin tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan mana-mana kerusi yang ditandingi PKR tanpa persetujuan daripada Pas dan PR terlebih dahulu.

"Perkara ini telah dimuktamadkan Majlis Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan yang turut dianggotai oleh DAP, Pas dan PKR," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa, semalam.

Menurut Mohamad, sehingga kini kerusi Parlimen Setiawangsa masih dalam perbincangan dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat belum membuat keputusan muktamad mengenainya.

"Pas Wilayah Persekutuan ingin mengingatkan bahawa mana-mana kerusi yang melibat kawasan di Wilayah Persekutuan mestilah melalui perbincangan dengan Majlis Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan. Sebarang kenyataan perlu dirujuk terlebih dahulu," katanya lagi.

Semalam, Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR memberitahu pertukaran tiga kerusi bersama Pas itu perlu dilakukan berikutan timbulnya bantahan di kalangan penyokong PKR apabila Pas mendahului dengan menamakan calon mereka bertanding di Parlimen Temerloh dan Kangar.

Azmin berkata, gantian ketiga-tiga kerusi berkenaan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Menurut Mohamad hasil persetujuan terdahulu, parti di dalam PR Wilayah Persekutuan telah bersetuju PKR mendapat empat kerusi iaitu Wangsa Maju, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak dan Batu.

Manakala DAP katanya, mendapat lima kerusi iaitu Cheras, Kepong, Seputeh, Segambut dan Bukit Bintang.

"Sementara Pas mendapat tiga kerusi iaitu Titiwangsa, Putrajaya dan Labuan. Manakala bagi kerusi Setiawangsa masih berlaku pertindihan dan dalam perbincangan," katanya.

Bagaimanapun Mohamad yakin perkara itu akan dapat diselesaikan dengan baik melalui perbincangan.

"Pada 9 April depan Pas Pusat akan adakan mesyuarat, kita yakin isu ini akan dibincangkan dan diselesaikan dengan baik," katanya.

Dah tau akan ada perbincangan secara baik janganlah buat statement lagi. Tunggu dah selesai baru buat statement.

APAPUN LAWAN TETAP LAWAN. TUMBANGKAN UMNO-BN PRU 13






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: