Kalau sudah namanya penyebar fitnah, apa saja berita yang dikeluarkan sememangnya bohong belaka! .. lagi
Seramai 70 pelajar Pondok Tal Tujuh, Pasir Mas, Kelantan yang dikatakan keluar PAS dan menyertai Umno rupanya palsu!
Ini disahkan sendiri oleh salah seorang pelajar tersebut, Muhammad Hafni Zaini yang kesal dengan berita Utusan pada 1 April lalu yang menyebut dia dan rakan-rakannya keluar dari PAS dan secara automatik menyertai rejim Umno.
Dalam satu klip video, Zaini mengatakan bahawa dirinya diajak seorang rakannya iaitu Zaidi Shafie supaya hadir ke majlis tersebut dengan tujuan untuk mendapat penerangan tentang bantuan dan peluang perniagaan.
Bagaimanapun dalam majlis yang dihadiri ketua Umno bahagian Pasir Mas, Hanapi Mamat, dengan tidak disangka-sangka pihak Umno meminta supaya Hafni bergambar bersama-sama dengan ketua bahagian tersebut sambil diminta memegang sekeping borang Umno oleh pihak penganjur.
Dia langsung tidak tahu menahu tentang muslihat di sebalik sesi bergambar sambil memegang borang Umno yang tidak langsung diisinya.
Utusan dalam laporannya semalam menyebut sebanyak 70 anggota Pas yang terdiri daripada guru dan pelajar sebuah sekolah pondok di sini, malam tadi mengisytiharkan mereka keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO sebagai wadah perjuangan.
Ini berita yang disiarkan Utusan.
Sebanyak 70 anggota Pas yang terdiri daripada guru dan pelajar sebuah sekolah pondok di sini, malam tadi mengisytiharkan mereka keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO sebagai wadah perjuangan.
Bagi mereka tiada parti lain selain UMNO yang mampu memartabatkan sinar Islam selepas Pas gagal berbuat demikian sejak memerintah Kelantan pada 1990.
Selain itu bagi mereka lagi terlalu banyak janji palsu yang ditaburkan pemimpin Pas dan selama itu mereka melihat jasa kerajaan Pusat dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat benar-benar telah menambat hati.
Wakil guru dan pelajar pondok di Tal Tujuh di sini, Mohd Zaidi Shafie berkata budi UMNO dan kerajaan pusat dalam memartabatkan sinar Islam dan membantu rakyat telah menyebabkan mereka bertukar fikiran untuk keluar daripada Pas.
"Memang betul saya pengikut setia Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan selalu mengikut programnya. Apabila saya membuat perbandingan akhirnya kami sepakat Pas tidak boleh membela nasib kami dan tidak mampu memartabatkan Islam.
"Jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat besar terutama pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia dan banyak lagi.
"Ini telah membuka hati kami para guru dan pelajar pondok di sini dan kami yakin UMNO boleh membawa negara, bangsa dan agama ke tempat yang selayaknya," katanya pada majlis penyerahan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Hanafi Mamat di Kampung Hutan Chengal, Tendong di sini malam tadi.
Mohd Zaidi berkata lebih menyedihkan Pas hanya pandai menabur janji namun tidak pernah ditunaikan demi rakyat di Kelantan.
Sementara itu Hanafi berkata keikhlasan guru dan pelajar pondok itu untuk menyertai UMNO bukan dipaksa oleh mana-mana pihak tetapi lahir daripada kehendak mereka sendiri.
"Saya jangka lebih ramai anggota Pas akan keluar parti dan menyertai UMNO.
Penyertaan guru dan pelajar sekolah pondok ini diharap dapat membuka mata anggota Pas untuk sama-sama berjuang dalam UMNO," katanya.
-Jalan Pulang-
PBO: fitnah terancang kerana semakin gusar kekalahan di tangan pakatan rakyat. ayuh like kami undi pakatan rakyat.
sumber sini
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan