# sila like "kami undi pakatan rakyat"
Katanya, ia sekadar untuk menutup fakta bahawa mereka adalah punca kepada permasalahan negara.
Taib“Hakikatnya, manifesto pilihan raya BN penuh dengan tipu daya. BN bertekad untuk membasmi ancaman rasuah, tetapi kes Ketua Menteri Sabah menerima sogokan RM40 juta berserta kekayaan RM64 bilion yang dimiliki kaum kerabat Taib Mahmud membuktikan janji BN hanya omong kosong.
“Kenapa tiada tindakan selanjutnya diambil? Di mana iltizam politik BN untuk memerangi rasuah? Menjelang pilihan raya, sekali lagi janji kosong sebegini dilaungkan,” kata Khai Loon pada kenyataan.
Menurutnya, BN yang lemah dalam pentadbiran tidak mampu melakukan perubahan kerana parti itu sedia maklum lebih separuh abad pemerintahan tetapi masih belum boleh dibanggakan dari segi pencapaian.
“Usul politik BN umpama laungan kosong. BN lemah dari segi keupayaan untuk berubah. Najib menegaskan bahawa transformasi memerlukan masa dan segala-galanya masih dalam proses perubahan.
“Pakatan Rakyat berjaya membawa perubahan ketara. Penyelesaian masalah bergantung pada kesungguhan untuk berubah,” katanya.
Khai Loon berkata, variasi manifesto BN yang diumpan kepada rakyat bertentangan daripada apa yang dilakukan mereka, sebaliknya pendekatan itu lebih mesra dengan Pakatan Rakyat.
“Pertubuhan rakyat dan kerajaan Pakatan berusaha untuk menyekat operasi Lynas dan projek pembangunan mengancam alam sekitar.
“BN pula tidak mengendahkan bantahan rakyat dan sanggup menggadaikan nyawa rakyat demi kepentingan ekonomi jangka pendek. Maka, hasrat BN untuk membangunkan tenaga hijau tampaknya sungguh tidak meyakinkan.
“Sedangkan Pakatan melaksanakan pembidaan tender secara terbuka dan adil, sekaligus mengelakkan kemungkinan berlakunya kes rasuah.
“Malah, Pakatan juga terus-menerus menggalakkan penyertaan kaum wanita dalam aktiviti sosial dan menyediakan pelan perlindungan sosial,” kata Khai Loon. – NS
0 respon:
Catat Ulasan