Rabu, 10 April 2013

Gempar: Bekas MB Perak ini bakal sertai PAS .. demam UMNO!

PBO: Jangan Nizar buat lawak sudah la. Dia juga bekas MB walaupun ditendang secara haram oleh puak UMNO. Keh keh keh .. kalau Nizar buat lawak, aku nak luku kepala dia hahahhahahhaa.

Geng-geng macai mesti tersangat risau dan mereka mungkin sedang mencari seberapa banyak kesalahan bekas MB tersebut untuk dilondehkan.

Tapi jika berita ini benar dan bekas MB tu tersangat berani nak menongkah arus. Aku yakin UMNO Perak makin tenat. Oleh kerana itu kita doakan agar berita ini menjadi kenyataan.Berita dimaksudkan:




# sila like "kami undi pakatan rakyat"

LUMUT: Seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS tidak lama lagi.

Perkara ini didedahkan Datuk Seri Nizar Jamaludin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihan raya umum akan datang, malam Selasa.

Walaubagaimanapun beliau tidak mendedahkan nama bekas menteri besar berkenaan.

"Seorang mantan menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS," katanya ringkas.

Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa.

Sebelum pentadbiran Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar). ~MS

UPDATE: APAKAH BEKAS MB TERSEBUT ADALAH TAJOL?


Dalam kehangatan pilihanraya umum ke-13 nanti, beberapa minggu lagi, bekas pemimpin besar Umno dijangka menyertai parti dalam Pakatan Rakyat.

Terkini, seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS malam ini.

Perkara ini didedahkan Nizar Jamaluddin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihanraya umum akan datang, malam tadi.

“Seorang bekas menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS,” katanya ringkas.


Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa minggu lepas.

Sebelum pentadbiran Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Ramli Ngah Talib dan Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar).

Menurut sumber, dua nama teratas yang dijangka menyertai PAS malam ini ialah Tajol Rosli Ghazali dan Ramli Ngah Talib.

Bagaimanapun Tajol dilihat lebih menyerlah kerana masih mengiktiraf Speaker DUN Perak yang sah, V Sivakumar selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada Februari 2008.

Bekas ADUN Pengkalan Hulu ini digugurkan dari senarai calon dan dia sendiri tidak mahu lagi bertanding mewakili Umno dalam mana-mana jawatan negeri mahupun bahagian.

Dia juga merupakan anak kepada bekas menteri besar kedua, Mohamed Ghazali Jawi.

Tajol juga dikatakan semakin vokal terhadap dasar-dasar pentadbiran Zambry yang tidak mempedulikan hak orang Melayu apabila ratusan hektar tanah balak diberikan kepada kroni rapat dan perniagannya.

Dijangka, dengan pengumuman rasmi malam ini, lebih ramai ahli Umno akan mengikut jejak Tajol menyertai PAS manakala jentera pilihanraya Umno Gerik bakal lumpuh walaupun bukan calon Umno yang bertanding.

Tajol menang dalam pilihanraya umum lalu menewaskan calon KEADILAN, Lee Sing Long dengan majoriti 4,645 undi tetapi kemenangannya tidak bermakna apabila Perak diperintah Pakatan Rakyat yang menang 31 daripada 59 kerusi DUN sekaligus membentuk kerajaan negeri yang diketuai Nizar. ~jalan pulang





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Bukan Tajol lah.....
Dari apa yang aku dengar di sini, ZAMRY ABDUL KADER yang akan sertai PAS.
ZAMRY kata UMNO dah musnah kerana FITNAH yang di mainkan.
LIhat sahajalah si POPOgomo yg diagung2kan oleh UMNO. Sampai diri sendiri yang buat fitnahpun bila di saman langsung tak mengaku itu adalah dirinya. Jenis manusia yang tak bertanggungjawap. Inikah bentuk politk UMNo tanya beliau pada kawan2nya.

Tanpa Nama berkata...

Dato zamri engkau seorang ahli tarikat
rumah dato dijadikan tmpat majlis ahli tarikat memuji allah perkembangan terbaik
Harap dato tngglah rakan rakan dato yg bermasalah hijrah pd parti pas yg telus
Takbir.