Khamis, 4 April 2013

Bukti SPR 'lindungi penipuan' pilihanraya - desak tindakan segera

SHAH ALAM, 4 APRIL: DAP menempelak kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang dilaporkan media bahawa isu pendaftaran secara ‘haram’ membabitkan Dinesh Siva Kumar ‘bukan isu besar’ dan beliau (Dinesh) tidak perlu mengundi jika tidak berpuas hati.

Menurut Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, kenyataan itu menunjukkan SPR tidak bersih kerana kes itu boleh diklasifikasi sebagai kes jenayah membabitkan pemalsuan dokumen seperti yang termaktub dalam Akta 574 Kanun Keseksaan.





# Jom tolak UMNO-BN. sila like "kami undi pakatan rakyat"


“SPR dakwa mereka antara agensi pilihan raya yang terbersih dalam dunia. Tetapi di sini, Timbalan Pengerusi SPR seolah-olah melindungi penipuan yang berlaku,” jelas Charles.

Beliau berkata demikian ketika menfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menggugurkan namanya pemilih, Dinesh Siva Kumar yang didaftarkan secara ‘haram’ oleh Penolong Pendaftar UMNO pada September tahun lalu.

“Semalam dalam pengumumannya, Perdana Menteri, Najib Razak juga mendakwa SPR akan mengadakan pilihan raya dengan adil dan bersih. Tapi apa yang kita lihat jelas berlaku penipuan dan kita ada bukti. Ada banyak bukti lagi kita boleh berikan,” kata beliau.

Yang mengejutkan, Siva Kumar, bapa kepada Dinesh mendakwa beliau menerima panggilan telefon daripada pihak polis dan mahu perkara itu tidak diperbesarkan.

Mengulas mengenai perkara itu, Charles berkata, ini adalah satu tindakan sangat tidak bertanggungjawab.

“Jenayah telah berlaku, seseorang menurunkan tandatangan secara haram dan memberi maklumat palsu. Ini melanggar undang-undang, perkara ini tidak boleh dipandang remeh” katanyai.

Sehubungan itu, peguam John Fam yang mewakili Dinesh berkata, isu itu sebenarnya tidak rumit untuk diselesaikan kerana Ketua Pendaftar Pemilih sendiri mempunyai kuasa untuk menyingkirkan nama yang meragukan.

“Perkara ini ada disebut dalam mengikut Peraturan 25(2)(g) Akta Pilihan Raya 1958. Tapi kenapa mereka tidak boleh bertindak?” soal beliau.

p/s: Jangan lupa undi tahap keyakinan anda dengan SPR seperti di atas.





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: