Ahad, 14 April 2013

Apa yang tersirat disebalik sokongan padu Tun M pada Ibrahim Ali? Saksikanlah ..

Mengapa Tun Dr.Mahathir beria sangat mahu Ibrahim Ali bertanding dibawah UMNO/BN..?. tidak lain dan tidak bukan demi mengekalkan dominan parti UMNO/BN memerintah Malaysia walau apa cara sekali pun.. suara rakyat untuk melaungkan demokrasi ibarat bayang bayang pokok ditepi tasik apabila air berkocak bayang itu terus hilang.

Dr.Mahathir melihat Ibrahim Ali sebagai Presiden NGO PERKASA boleh diharap untuk merencanakan sesuatu kerana dibawah gagasan perkasa ada puluhan ribu pemuda yang cukup bersedia apabila kedudukan Melayu tergugat konon nya. Ini disahkan sendiri oleh Tun Mahathir apabila mengistiharkan Ibrahim Ali sebagai Tok Guru.. juga tidak hairan selendang Panglima Perkasa turut diberi pada Rosmah dan Tun Dr.M.





# sila like "kami undi pakatan rakyat"


Tidak saperti dulu apabila menjelang PRU.. UMNO/BN sibuk tarik setiap perwakilan menghadiri kem Bina Semangat, dan disitu setiap perwakilan di brain wash untuk taat setia pada parti. Namun kini ianya telah disemaikan sebagai ahli PERKASA dan disitulah mereka mereka ini di brain wash serta semangat melampau.

Maka disini timbulnya kumpulan samseng dan pengacau serta simbul lilitan kepala kain merah atas alasan mempertahankan maruah Melayu dari dicabar oleh mana mana pihak. Pergerakan mereka ini mendapat sokongan oleh pihak atasan pemimpin BN. Justru pihak berkuasa dalam keadaan serba salah untuk mengambil tindakan terhadap mereka.

Tun Dr.M serta juak juak UMNO/BN tidak berselindung lagi.. cuba meniup api Perkauman dan keganasan serta cuba menakutkan pengundi sekiranya tidak menyokong UMNO pada PRU13 kali ini.
Secara ringkas apa yang telah mereka luahkan,

" Siapa sangka ramalan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir sudah pun menjadi kenyataan. Belum pun Pakatan Pembangkang tu menang PRU 13, ramalan Tun telah berlaku.

Sebelum ini, Tun meramalkan bahawa akan berlaku huru hara sekiranya puak - puak Pakatan Pembangkang tu berjaya merampas Putrajaya.

Tun menjelaskan bahawa adalah tidak mustahil untuk peristiwa berdarah tersebut bakal berulang kembali dan melanda Negara ini nanti.

" Ibrahim yang merupakan ahli Parlimen Mas semalam mengeluarkan kenyataan berkata komuniti Cina akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara sekiranya mereka berkuasa dalam politik dan ekonomi, yang mana menurutnya akan mengulangi sejarah peristiwa berdarah 13 Mei 1969.- Malaysian Insider 13 Apr 2013

" .Kenyataan Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Datuk Chang Ko Youn berkata di dalam Sinar Harian hari ini bahawa komen yang dikeluarkan oleh Dr. Khir Toyo adalah tidak bertanggungjawab dan berunsur perkauman serta boleh menimbulkan salah faham orang-ramai sangat mengejutkan dan menimbulkan tanda tanya mengenai kesungguhan Gerakan memulihkan sokongan Kaum Cina kepada BN-MyKMU.net
Dari itu kita perlu berwaspada.. terhadap apa yang akan mereka lakukan terutama nya peristiwa 13 Mei, sebabnya kerap kali sangat Tun Dr.M mengulangi peristiwa itu setelah Setiausaha DAP Sdr.Lim Kit Siang tawarkan diri bertanding di Gelang Patah, Johor.

Dari itu moleK sangat lah PAS/DAP/PKR bergabung dibawah panji Pakatan Rakyat supaya satu ikatan ini tidak terurai apabila diserang.. yang pasti nya rakyat telah bersedia untuk merubah benteng benteng kebal UMNO/BN yang mereka bina selama 55 Tahun itu. Rakyat tetap berdoa dan bersabar menunggu hari hari penentu supaya PRU13 kali ini berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi dari parti BN.. Namun perlu diingat tahap kesabaran rakyat itu ada batasan nya. Biarlah kekalahan yang di terima oleh mana mana parti yang bertanding dengan redha tanpa ada unsur unsur lain.

Salam.. dan selamat mengundi. ~TKO





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kami Umno akan boikot jika dia dicalonkan dibawah logo BN!