Sabtu, 6 April 2013

Adil kepala otak

KUALA LUMPUR 6 APRIL: Ketika Pakatan Rakyat bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negara bagi membentang manifesto kepada rakyat, Umno Bn mendapat siaran langsung di media arus perdana.

“Agak lucu kerana Umno tawarkan 10 minit kepada Pakatan untuk bentangkan manifesto (secara rakaman),” kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.





# sila like "kami undi pakatan rakyat"


Manifesto BN akan dilancarkan Datuk Seri Najib Razak di Stadium Bukit Jalil malam ini, disiar RTM secara langsung sedangkan Menteri Penerangan, Daruk Seri Rais Yatim sebelum ini hanya memberi 10 minit untuk Pakatan Rakyat membentang manifesto.

Johari mempersoal kewajaran siaran langsung itu kerana kerajaan sedia ada bersifat kerajaan sementara sekali gus bermakna Umno BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan untuk kerja parti.

“Adakah Umno BN bayar atau tidak kepada RTM kerana guna fasiliti kerajaan. Secara undang-undang, Umno BN tidak boleh menggunakannya tujuan kerja parti,” katanya dipetik TV Selangor.~KEADILAN

PBO: Ini buat aku tak sabar nak tumbangkan rejim UMNO-BN.




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: