# sila like "pakatan rakyat supporters"
PBO difahamkan dalam laporan
keadilan daily
13 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua akan didakwa mengikut Akta Hasutan esok di Mahkamah Sesyen 2, Jalan Duta di sini, jam 9 pagi esok.
Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, berkata Tian akan diwakili peguam, N Surendran.
Hari ini, Tian memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan berhubung kes kenyataannya berkaitan kontroversi Lahad Datu
Keterangannya dirakam bermula jam 11 pagi selama 30 minit untuk siasatan kes mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas dakwaan memfitnah.
Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada anggota polis yang telah berjaya menjalankan tugas dengan cekap dan cepat. Mungkin ini yang diharap-harapkan oleh Najib setelah memberi "habuan" kepada anggota polis dan tentera.
Imbuhan kepada anggota polis seperti artikel
di sini.
Biarkanlah mereka dengan labu-labunya. Tian Chua pasti akan mempertahankan diri kerana sememangnya dia difitnah. Kalau tidak takkan mungkin para blogger pro UMNO menurunkan kembali artikel berkaitan di dalam blog masing-masing. Rujuk
sumber sini . Pucat lesi para blogger apabila Tian Chua mula bertindak atas laporan post mereka.
Namun bagaimana pula dengan kes
Ibrahim Ali selaku presiden PERKASA yang acapkali juga mencetuskan suasana panas. Cuma kepanasan tersebut tidaklah sama dengan kepanasan yang digemburkan oleh
Utusan dan Tv3 ke atas Tian Chua.
Benar sangkaan PBO bahawa tindakan itu hanya pantas , cekap dan cepat pada pemimpin / penyokong pakatan rakyat tapi tidak pada Ibrahim Ali dan lain-lain sepertinya . Imbas kembali
Ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung seruannya untuk membakar Bible dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi yang menggunakan kalimah Allah.
Katanya, MP Pasir Mas itu akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Peruntukan itu adalah berhubung kesalahan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.
baca lanjut di sini
Apa hal dengan kes itu? senyap sunyi.. ada perkembangan lanjut atau ada tindakan susulan? Kalau ada tolong beri pada ruangan komen dalam post ini.
Maka lembik longlailah Tian Chua dibelasah Ibrahim Ali dengan pertolongan pihak-pihak yang mendapat duit gaji daripada rakyat jelata. Sekian adanya dari
pen buruk online
p/s: apa komen anda mengenai isu ini? Sebarkan serata alam untuk difahami oleh para pengundi kita.
5 respon:
memang barua UM-porNO ni
senang cakap tindakan mcm gampang...biarlah mereka dan tgu balasan Tuhan...mcmana rakyat nk hormat institusi berkenaan? tepuk dada tnya iman...
dpp kata takdak kes, takdak la. polis takdak kuasa mendakwa.
Kat akhirat nanti depa nak jawab macam mana yer..
agak agak gini yer....aku tak dak kuasa...
atau aku nak bodek bos aku...
atau..
aku menjalankan tugas
atau
aku menjalankan amanah...
atau aku tak tahu
tumbangkan umno/bn ..barulah `double standard` pdrm..sprm..spr..media2 dan seumpamanya boleh diperbetulkan utk integriti `keamanan` diMalaysia.
Catat Ulasan