# sila like "pakatan rakyat supporters"
Kedua polis itu menyatakan hasrat untuk menahan Tian Chua di dalam lokap mahkamah, akan tetapi mereka dihalang oleh peguam MP Batu itu, Latheefa Koya.
Menurutnya, Tian Chua tidak perlu ditahan di dalam lokap kerana beliau sendiri telah hadir dan bersedia untuk kes berkenaan.
“Tujuan untuk menahan seseorang sebelum di dakwa adalah memastikan dia hadir ke mahkamah. Dalam kes ini Tian sudah pun hadir ke mahkamah bersedia untuk didakwa.
“Jadi mengapa nak tahan dia di lokap, tidak ada keperluan,” katanya,” tegas Latheefa, sambil berkata pihaknya tidak membenarkan Tian Chua ditahan.
Difahamkan Tian Chua akan didakwa dibawah Seksyen 4, Akta Hasutan ekoran kenyataan yang dikeluarkan berhubung kes di Lahad Datu Sabah di laman sosial twitter.~tvsnews
TIAN CHUA MENGAKU TIDAK BERSALAH
Naib presiden PKR Tian Chua hari ini mengaku tidak bersalah bagi tuduhan mengikut akta hasutan atas satu kenyataan yang mengaitkan Umno dengan krisis di Lahad Datu – yang didakwa dikeluarkannya.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas MP Batu itu.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 atas kenyataan yang didakwa disebutnya pada 11 pagi, 1 Mac lalu.
Tian diwakili N Surendran, Latheefa Koya, William Leong, Eric Paulsen dan dua lagi peguam.
sumber sini
0 respon:
Catat Ulasan