Rabu, 20 Mac 2013

Saksikanlah .. Ingatkan presiden CUEPACS ni cerdik.. tapi ..

Cuepacs menyifatkan tindakan segelintir pesara kerajaan yang mengkritik pelbagai dasar kerajaan atas pentas politik bersama parti pembangkang sebagai tidak mengenang budi.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata sebagai pesara kerajaan kesemua 600,000 pesara itu sepatutnya bersyukur kerana hasil usaha kerajaan sedia ada mereka mampu hidup selesa dengan wang pencen. Lagi ..



# sila like "pakatan rakyat supporters"


"Bagi saya, mereka ini sepatutnya menyumbang idea kepada pembangunan negara, bukan mengkritik sistem yang ada, malah lagi teruk apabila berada di sebelah pembangkang.

"Janganlah disebabkan ada masalah peribadi ketika berkhidmat dulu, maka setelah bersara, mereka kini menghentam pelbagai dasar kerajaan dengan pelbagai tohmahan," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas majlis pelancaran skuad pengguna dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid di sini hari ini.

Ditanya mengenai tindakan sesetengah penjawat awam yang menjadikan laman sosial termasuk Facebook untuk menghina pasukan keselamatan yang kini terlibat dalam Ops Daulat di Sabah, Omar berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tatatertib kepada mereka.

"Cuepacs tidak berkompromi dalam hal-hal seperti ini kerana setiap penjawat awam perlu bertanggungjawab atas setiap perbuatan mereka," katanya. - Bernama

PBO: perlembagaan negara, hak demokrasi, duit rakyat bukan duit UMNO/BN sudah cukup alasan membuktikan presiden CUEPACS ni jenis ... lu orang sambung la, gua dah malas dengan orang tua ni.


pen buruk online




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

kerajaan sepatutnya berterima kasih diatas sebab2 kenapa penjawat awam atau rakyat menkritik membina kesilapan pentadbiran lebih baik,kenapa kerajaan umnog BN merasa merekalah yg terbaik memerintah,kita dah sedia tahu byk kebodohan berlaku ,apakah kerana kekebalan bodoh mereka rakyat akur nak ikut bodoh bersama,mereka tahu negera ini hak rakyat bukan hak umnog BN mereka hanya cuma diamanahkan utk mentadbir,jadi tak salah mereka menerima idea bernas dari mana2 pihak utk kemajuan negara......

Unknown berkata...

Bodoh Presiden CEUPACS nampaknya. Menerima wang pencen selepas bersara daripada Jabatan Kerajaan adalah wajib. Malah di negeri-negeri yang bukan diperintah oleh bukan UMNO/BN pun, kakitangan Kerajaan Negeri menerima pencen selepas bersara. Adakah Presiden CEUPACS pasti pesara-pesara Kerajaan Negeri-negeri terbabit menyokong pembangkang? Ini soal ideolog. Saya bekas pegawai Kerajaan Persekutuan yang bersara.

Karenah pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO/BN yang memperkuda dan memperbodoh-bodohkan kakitangan kerajaan membuat kami beralih angin untuk terus menyokong BN. Bezanya ketika itu, kami terpaksa akur kerana diugut dengan pelbagai cara jika kami melawan arus. Kalau tidak kerana diugut, saya rasa sudah lama BN lingkup. Kami sebenarnya sudah lama tahu kezaliman dan korupsi pemimpin-pemimpin BN wahai Datuk Omar.

Nak tanya sikit.....apakah ada cadangan Presiden CEUPACS untuk memansuhkan pencen bagi pesara-pesara kerajaan yang tidak menyokong BN? Kalau belum ada cadangan, eloklah kemukan usul itu sebab umum sudah tahu Datuk Omar perasan jawatan Presidennya suatu kuasa besar untuk menentukan masa depan kakitangan kerajaan sama ada yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara.

Atau saya cadangkan Datuk Omar bertanding di atas tiket BN dalam PRU 13 nanti kalau nak tahu Datuk berfikir pakai otak atau kepala zakarnya.

Kalau nak bodek biarlah logik, wahai Datuk Omar. Sebanarnya ramai warga pekerja sudah menyampah dengan Datuk.

Tanpa Nama berkata...

datuk omar.awak tu ketua yg mewakili berbagai golongan pahaman politik.baik datuk jgn ckp pasal politik.nnti kalau umno kalah datuk nak pakai pelampung mana....

Tanpa Nama berkata...

Tidak menjadi kesalahan kiranya seruan itu untuk menyokong kerajaan yang adil dan saksama...tetapi menyeru penjawat awam supaya menyokong umno yang sarat dengan salahguna kuasa, fitnah, rasuah, perosak demokrasi, memperkosa media, perampas hak rakyat dan pelbagai lagi kezaliman itu sesuatu yang cukup tidak berakal...
Nazri-Batu Pahat