# sila like "pakatan rakyat supporters"
Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.
Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany.
Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga.
Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.
Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Beliau memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan atau menerbitkan perkataan-perkataan berunsurkan fitnah.
Selepas tempoh 48 jam yang diberikan untuk menari balik artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 20 Mac tamat, Anwar mengarahkan para peguamnya supaya meneruskan saman terhadap kedua-dua defendan.
Nallakaruppan dalam kenyataannya mencabar Anwar supaya mengheretnya ke mahkamah kununnya untuk membuktikan bahawa Anwar seorang pengamal biseksual (dua jenis) dan disiarkan di Utusan pada keesokannya.
Utusan pula yang berdepan dengan pelbagai tuntutan saman tidak dapat memberikan ulasan setelah dimaklumkan sebentar tadi.
Nallakaruppan mendakwa pernah melihat Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi tidak dapat memberikan bukti kukuh serta hanya berdasarkan keterangan mulut dan percakapan yang dibuat oleh seorang lagi bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda.
Ini sekaligus mematikan fitnah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim yang menuduh Anwar tidak akan berani menyaman Nalla kerana takut rahsia terbongkar. ~bloglist Malaysia
PBO: aku hairan juga, sebab tv3 dan Utusan bersekongkol dengan Si Nala ni.
pen buruk online
6 respon:
DAP pernah jadi musuh Ketua Umum PKR. Kini bersekongkol la pulakk, pengkhianat Negara. Nuar yang pandai cukup senang memperbodohkan
Melayu penyokong PR.
Bagus bagus sangat....
Lepas ni DS Anwar akan menjadi Billionare plak sebab menang RM50j saman.. dan RM60j saman ..dan RM200j saman dan lagi dan lagi
nuar menang lagi?....isss...iisssss..
Betul ker gitu? Tapi orang lain pun punya fikiran waras dalam hal ini... Kami juga tahu akan kebenarannya.... Jadilah orang yang berfikiran matang dalam mencari kebenaran
Kini faham awak ni tolong la Jgn buat lawak bodoh Boleh tak
Kini faham awak ni tolong la Jgn buat lawak bodoh Boleh tak
Catat Ulasan