# sila like "pakatan rakyat supporters"
Bekas perdana menteri itu berkata dalam blognya chedet.cc bahawa video penyanyi sensasi Korea Psy di Pulau Pinang, yang menunjukkan orang ramai berkata “No” (tidak) kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi mempertikaikan video tersebut dengan mengatakan video itu diubahsuai.
“Saya akan hilang kebebasan dalam media apabila kerajaan mungkin merampas kebebasan saya,” kata Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc hari ini.
“Terus terang saya rela kerajaan menapis saya, kerana jika saya tidak suka apa yang kerajaan buat, saya boleh buat apa sahaja untuk menolak parti yang membentuk kerajaan. Tetapi saya tidak boleh buat apa untuk menghentikan orang ramai yang cuba merampas kebebasan saya melalui media alternatif,” katanya lagi.
Dr Mahathir berkata mengenai video Psy yang semakin popular di Facebook, “diubahsuai” dengan “kumpulan tertentu” dengan kamera video dan mikrofon yang berkata “No” (tidak) kepada soalan Najib kepada orang ramai sama ada mereka bersedia untuk Barisan Nasional (BN).
Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun hingga 2003, pernah berjanji Malaysia tidak akan menapis Internet untuk menarik pelabur membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC).
Beliau mengulangi pendiriannya dalam Persidangan Ketua Pelajar Malaysia Tahunan Ketiga pada 2011, walaupun mengatakan tindakan disiplin perlu diambil terhadap penyalahgunaan Internet.
Dr Mahathir bagaimanapun pada Jun tahun lalu berkata Putrajaya perlu memikirkan semula kebebasan mutlak dalam Internet.
Beliau berkata ada beberapa negara mengenakan pengawalan dan menghalang “laman web kotor” dan menghukum mereka yang merosakkan minda pengguna Internet.
Dr Mahathir juga berkata “kebenaran juga boleh dibuat kelihatan seperti penipuan”, merujuk kepada video seks melibatkan ketua pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur, tetapi tidak menyebut nama bekas timbalannya itu.
“Selepas ketua pembangkang itu dilihat bersama perempuan yang jelas sekali mengadakan hubungan seks, ia boleh dibuat kelihatan seperti penipuan seperti ditunjukkan dalam video tersebut, ia boleh diubahsuai,” kata Dr Mahathir.
Beliau juga berkata blognya digodam sebanyak lima kali.
“Orang ramai tidak boleh melayari laman blog saya dan saya disenyapkan,” kata perdana menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Malaysia.
Dr Mahathir mendakwa orang ramai bebas menulis apa sahaja dalam media alternatif kerana tidak dikawal oleh editor.
“Kebebasan hampir mutlak. Adakah ini nilai demokrasi?” katanya lagi.
Dr Mahathir juga berkata laman web lucah juga berleluasa kerana kebebasan media alternatif. ~M-Ins
1 respon:
merapu meraban la kau Tun madey kutty..rilex la..apa yg Tun gabra sgt ni ?? Tun akan dihormati jika x menyibuk dlm pentadbiran negara..x puas2 lg ka 22 tahun berkuasa ?? masa Tun dh berlalu. kalau x bersalah knpa takut sgt ? kita tgu dan lihat shj kesudahannya nnt..apa nasib Tun ???
Catat Ulasan