# sila like "pakatan rakyat supporters"
Hakim Singham juga berkata, Utusan tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan -harakahdaily
Menyorot kembali, pada 27 Disember lalu, peguam Utusan berhujah bahawa akhbar itu tidak cukup masa untuk menyemak kesahihan beritayang bakal disampaikan.
Firoz mengatakan bahawa media tidak mempunyai “masa lebih” untuk menyemak kesahihan “fakta” dalam setiap berita yang disiarkan, dengan berkata “tidak ada apa yang dapat disiarkan” jika melakukan sedemikian. lagi rujuk sini
Bagi aku, berita ini mempunyai dua implikasi besar, soal duit aku tak nampak isu utama kepada Utusan mahupun UMNO, kerana mereka mempunyai dokongan kuat dari PERKASA yang sanggup mengutip derma untuk menampung Utusan.
Impak pertama, maruah dan moral Utusan semakin terhakis dan ianya semakin nipis.
Impak kedua dan impak yang paling besar, membasuh cemar yang disalutkan kepada Anwar. Kita sedia maklum, ada NGO yang telah mensensasikan isu LGBT), terutamanya menghala kepada Anwar Ibrahim
Aku teringin melihat reaksi NGO yang menyerang Anwar dengan isu LGBT). Bagaimanakah riak mereka ketika ini?
#apakah berita ini akan tersiar dalam buletin utama TV3 malam ini?
UPDATE: Utusan melalui laman webnya akan mengemukakan rayuan ke atas kes ini.
0 respon:
Catat Ulasan