Rabu, 9 Januari 2013

Isu pampasan RM207 billion, Harakah tidak bersalah

KUALA LUMPUR: Harakahdaily tidak pernah membuat berita bahawa Kedutaan Jepun mengesahkan penyerahan wang pampasan bernilai RM207 bilion.

Yang dilaporkan oleh Harakahdaily adalah kedutaan Jepun mengesahkan membuat bayaran "sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia."

Ini kerana, Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, tidak pernah menyebut angka itu.

Beliau hanya berkata, "Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.




#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan




"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.

Yang menimbulkan masalah adalah portal-portal lain menokok tambah dalam berita mereka kononnya "wang RM207 bilion itu yang diserahkan."

Suegami dalam kenyataannya sebahagaimana yang disiarkan Malaysiakini berkata, pampasan bagi negara bekas tanah jajahan British sepanjang perang itu telah dibayar sepenuhnya di bawah Perjanjian San Francisco yang berkuatkuasa pada 1952.

Jelasnya, kedua-dua negara menandatangani perjanjian untuk mempromosi kerjasama ekonomi pada 21 September 1967, di mana Jepun bersetuju untuk membekalkan geran produk dan perkhidmatan kepada Malaysia bernilai RM25 juta.



Berikut adalah berita asal Harakahdaily yang dipetik oleh pelbagai portal selepas itu.



Kedutaan Jepun sahkan serah wang pampasan





Salmiyah Harun,

03 Jan 2013






(Pertemuan Sekretariat Jejak dengan wakil Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur)



KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,

"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.

Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu."

Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.

Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.




(Rombongan bergambar di perkarangan kedutaan selepas berjumpa pegawai kedutaan)



Dalam kunjungan hari ini, Sekretariat Jejak juga meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.

Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.

"Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya.

"Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari Malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan.

Salah satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011 menjelaskan, "kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang pampasan kepada buruk paksa ke Burma 1942 hingga 1946. Sukacita dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".

Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.

"Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa. Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946".

Mengikut rekod persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar yang juga Ajk PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

"Banyak! pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," katanya.

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.

http://bm.ha`rakahdaily.net/index.php/berita-utama/15794-wang-pampasan-penjelasan-harakahdaily


sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: