#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan
sumber sini
Yang membimbangkan kami di KPT adalah bagaimana pihak kerajaan/KPT masih mempercayai pegawai ini , yang rosak akhlaknya dan mempunyai tabiat pentadbiran yang buruk serta tidak bermaruah, masih dikekalkan sebagai Pengarah, malah bakal dinaikkan pangkat pula!. Tidak lama dahulu beliau diwar-warkan akan menerajui salah sebuah IPTA sebagai Timbalan Naib Canselor dan kini namanya turut di hebohkan sebagai Naib Canselor sebuah IPTA di Pantai Timor Malaysia. Terakhir beliau merupakan calon Timbalan Ketua Pengarah KPT pula!
Kearah manakah pentadbiran sektor awam di Malaysia dengan mengambil keputusan terpilih dan tidak mementingkan kualiti dan moral pentadbirnya. KPT dan kerajaan juga dilihat bersikap double standard dalam keputusannya, sedangkan Ketua Pengarah Kesihatan diambil tindakan turun gred, tetapi Pengarah KPT ini amat KEBAL dan tiada tindakan diambil setakat ini.
Pihak Jabatan Agama Islam Perak juga amat perlahan dalam membuat pendakwaan dan hingga kini telah hampir 9 bulan kertas pendakwaan pun tidak kelihatan. Adakah pihak Jabatan Agama Islam Perak melindungi pegawai ini? Atau ada pihak2 atasan KPT melindunginya?. Kami pegawai KPT amat sangsi dengan keadaan ini.
Beberapa persoalan perlu di lihat dalam kes ini:-
(a) Jika Pegawai dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah KPT adakah pihak kerajaan rela perkhidmatan awam memiliki pegawai kanan yang rendah moral dan tidak bermaruah. Adakah ini hasrat kerajaan sedangkan YAB Perdana Menteri menekankan pegawai awam hendaklah terdiri dari mereka yang berintegriti, tinggi moral dan berakhlak tinggi.
(b) Jika Pengarah ini dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor atau Naib Canselor IPTA, adakah kerajaan memang berhasrat untuk melantik seorang yang menjadi contoh buruk kepada mahasiswa sebagai pimpinan institusi akademik berkenaan? Kalau inilah hasrat kerajaan, maka hasrat YAB PM mahu melihat IPTA mara kehadapat dari sudut keilmuan dan syahsiah wasatiyah yang tinggi hanya akan tinggal agan-agan kosong!
(c) Jika pegawai ini dikekal pula sebagai Professor IPTA , maka dakwaan "profesor kangkong" terhadap segolongan profesor IPTA adalah benar kerana Pengarah yang dipinjam dari sebuah IPTA ini bukanlah dinaikkan pangkat kerana merit, sedang beliau hanya memiliki tidak lebih dari lapan (8) penerbitan (itupun tidak berimpak tinggi), tiada geran penyelidikan yang outstanding dan malah khabarnya jawatankuasa sepakaran IPTA berkenaan juga tidak memperakukan kenaikan pangkat beliau. Jika beliau dilantik pula sebagai Naib Canselor atau TNC maka inilah tanda-tanda kehancuran sebuah menara ilmu.
Jadi : Kemanakah halatuju perkhidmatan awam? Jika ia dikelilingi oleh pegawai rendah moral dan akhlak serta tiada integriti.
Kemanakah pula halauan IPTA? Jika Profesornya seorang 'kaki wanita', bersifat ke'kangkong'an dan diberi kepercayaan pula sebagai pentadbir utamanya?
--------------------------------------------------------------------------------
Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
2 respon:
KPT memang dah gilo babiii
d KPT siapa melanun merompak merasuah di anggap wira KSN lihat KSU KPT apa duk buat nii projekkk
Catat Ulasan