Jumaat, 25 Januari 2013

Pendedahan 'panas', BN seleweng tanah pusat rekreasi

SHAH ALAM - Umno diminta beri penjelasan terhadap dakwaan penyelewengan pemilikan tanah seluas lebih kurang 2.86hektar di atas Lot 18908, Seksyen 25, Taman Sri Muda di Bukit Kemuning di sini, yang berlaku ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Tanah yang diluluskan bagi tujuan kompleks sukan dan rekreasi atau pusat komuniti pada 2007 itu kini berdiri megah lima blok pangsapuri, tujuh hingga 14 tingkat bersama 11 unit kedai yang sudah 60 peratus siap untuk Fasa 1.






# sila like "pakatan rakyat supporters"


Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, tanah tersebut pada asalnya milik dua syarikat swasta yang telah dilucut menjadi tanak kerajaan pada 13 Mei 1999 kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai bernilai RM152,406.50.

Menurutnya, Pejabat Tanah pada 2005 telah menerima 12 permohonan, satu daripadanya adalah BN Kota Raja dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) manakala bakinya adalah daripada pihak swasta.

“BN Kota Raja dan MBSA mendapat kelulusan pemilikan tanah seluas 2.86 hektar itu pada 2007 di mana ia dibahagi kepada tujuh bahagian semasa pemerintahan bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo.

“Pemilikan asal menunjukkan empat per tujuh daripadanya milik MBSA manakala selebihnya milik BN Kota Raja namun selepas kelulusan pemilikan itu menjadi sebaliknya dan MBSA hanya memiliki tiga per tujuh daripada tanah itu.

“Namun yang menjadi kemusykilan, tujuan asal MBSA ke atas tanah berkenaan adalah bagi membina pusat komuniti bertukar menjadi kawasan penempatan yang sudah semestinya berorientasikan keuntungan dan jumlah premium yang dibayar ketika itu hanya RM1,000 nominal bagi satu lot,” katanya kepada media berhubung Skandal Sapu Tanah 1 Malaysia (SAT1M) berhampiran lokasi tanah berkenaan bersama Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, semalam.

Sementara itu, Shuhaimi berkata, MBSA seolah-olah dipergunakan pihak tertentu sebagai batu loncatan untuk memiliki keseluruhan tanah berkenaan dan ia terbukti apabila keluasan tiga per tujuh milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu hanya dibina sebuah dewan yang luasnya dipercayai tidak melebihi 0.16 hektar.

Merujuk kepada perkara itu katanya, kerajaan negeri dalam mesyuarat Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) mencapai keputusan mengesyorkan pemaju memberi sagu hati sebanyak RM500,000 kepada MBSA.

Katanya, nilai tanah berkenaan sekitar RM600,000 bagi 0.16 hektar ketika kelulusan pemilikan pada 2007 dan harga terkini hampir RM10 juta untuk keseluruhan.

Difahamkan, cadangan pembangunan di atas tanah berkenaan secara usaha sama MBSA dengan sebuah syarikat swasta dan MBSA menerima sebuah dewan komuniti serba guna bernilai RM1.5 juta dan tunai RM500,000.

Sementara itu, Mohamad Khir ketika dihubungi enggan mengulas dakwaan tersebut.

"Itu perkara lama, saya sudah tidak ingat dan tidak mahu ulas apa-apa," katanya.


sumber sini





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: