#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan
Zaleha membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam R. Thayalan, yang mewakili Lingam, peguam kanan persekutuan Noor Hisham Ismail, yang mewakili Jabatan Peguam Negara, dan Tan Sri Cecil Abraham, yang mewakili dua penyelesai Kian Joo Holdings Sdn Bhd (KJH).
Terdahulu, dalam hujahnya, Thayalan berkata: "Berikutan isu perundangan yang unik dan kompleks di Mahkamah Persekutuan, yang melibatkan permohonan semakan semula dan permohonan untuk mengenakan tuduhan menghina mahkamah, pengetahuan dan kepakaran khusus yang dimiliki QC berkenaan tidak dimiliki atau didakwa dimiliki oleh mana-mana peguam bela dan peguam cara yang mnejalankan amalan di Malaysia."
Bagaimanapun, Noor Hisham, Cecil dan peguam Yeoh Sho Kheong, yang mewakili Majlis Peguam tidak bersetuju dengan hujah itu dan menegaskan bahawa permohonan QC itu tidak memenuhi kesemua syarat yang terkandung dalam Seksyen 18 Akta Profesion Guaman 1976.
Kata mereka Malaysia mempunyai jumlah peguam kanan terkemuka yang lebih daripada mencukupi untuk menangani isu itu.
Pada 2009, 12 pencarum utama berkenaan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk menghalang sebuah syarikat daripada membeli 32.9 peratus kepentingan dalam Kian Joo Can Factory Bhd (KJCF) milik KJH.
Mahkamah Tinggi memerintahkan KJH digulung pada 1996 dan melantik dua penyelesai.
Kesemua 12 plaintif itu gagal dalam permohonan mereka, tetapi Mahkamah Rayuan mengubah keputusan berkenaan dan kes itu kemudian dibawa ke Mahkamah Persekutuan, yang membuat keputusan menyebelahi penyelesai.
Kemudian, 12 plaintif berkenaan memfailkan satu notis usul melalui Lingam, untuk meminta Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusan yang dibuat panelnya yang terdahulu.
Mereka memohon Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan panel Mahkamah Persekutuan sebelumnya dan memerintah satu pendengaran semula rayuan dibuat di hadapan panel baru.
Dalam notis usul berkenaan, mereka antara lain, mendakwa bahawa penghakiman Mahkamah Persekutuan setebal 47 muka surat, sebahagian besarnya merupakan penggunaan semula hujah bertulis yang dibuat peguam yang mewakili dua penyelesai berkenaan.
Kumpulan itu juga mendakwa mahkamah berkenaan tidak menjalankan satu kajian semula secara bebas dan berkecuali terhadap bukti dan undang-undang, selain tidak membuat analisis atau penemuan sendiri.
Pada 13 April tahun lepas, dalam satu keputusan sebulat suara, Mahkamah Persekutuan meluluskan permohonan Cecil untuk menyebut Lingam dan kesemua yang lain sebagai menghina mahkamah.
Sementara itu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 22 Jan untuk mendengar permohonan semakan semula oleh pencarum majoriti berkenaan dan 6 Mac sebagai tarikh untuk mendengar prosiding menghina mahkamah.
- Bernama
sumber sini
0 respon:
Catat Ulasan