RUANG PENGIKLANAN

HANYA RM10 UNTUK LANGGANAN (1) BULAN!! MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

Ahad, 6 Januari 2013

Dua budak perempuan dijadikan alat pemuas nafsu lima ahli keluarganya

IPOH - Dua kanak-kanak perempuan dijadikan alat pemuas nafsu oleh lima ahli keluarganya yang bertindak kejam mengikat dan mendera mangsa secara seksual termasuk mencederakan alat sulit mereka menggunakan pelbagai objek keras.

Mangsa yang berusia lima dan tujuh tahun itu mendakwa, kejadian itu dilakukan oleh bapa, datuk, sepupu dan makcik yang diamanahkan menjaga dua beradik itu.

Mangsa kemudian mengadu mengalami kesakitan di bahagian alat sulit kepada ibunya berusia 30-an sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian pada 27 Disember 2012 lalu.




#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan




Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata,berdasarkan laporan itu, kedua-dua mangsa dirujuk ke Hospital Taiping dan hasil laporan perubatan mendapati terdapat kesan koyak pada kemaluan mereka.

Menurutnya, pihak polis memberi perhatian serius kes berkenaan apabila lima suspek yang dikaitkan dengan kes itu ditahan malam kelmarin untuk diambil rakaman percakapan.

“Tiga lelaki ditahan membabitkan datuk mangsa berusia 70 tahun dan dua sepupu masing-masing berusia 17 dan 24 tahun. Manakala, dua wanita merupakan ibu saudara mangsa berusia 43 dan 36 tahun turut ditahan.

Mereka bekerja sebagai guru komputer dan pelayan restoran di Kuala Kurau.

“Bapa mangsa pula masih belum ditahan berikutan dia berada di Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, semalam.

Bagaimanapun, Mohd Shukri masih belum dapat merumuskan kejadian sebenar kes itu apabila laporan lengkap daripada pakar psikologi kanak-kanak belum diperoleh.

“Berdasarkan percakapan, mangsa menyebut banyak nama sehingga mewujudkan tanda tanya identiti sebenar pelakunya. Khidmat pakar psikologi kanak-kanak diperlukan untuk merakam keterangan sebelum tindakan susulan diambil.

“Selain itu, banyak elemen dikaitkan dalam kes ini termasuk penggunaan dadah dan penderaan beramai-ramai.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan,” katanya.

PBO™: Kasihan dua budak perempuan ini. Betullah, dalam masyarakat haiwan tiada manusia, tapi dalam kalangan manusia ada haiwan .. bukan sekali dua kes begini, banyak lagi seperti:
(sini)




4 respon:

  1. Apa nak jd manusia skrg ni? Lebih teruk dari haiwan.

    BalasPadam
  2. ustaz2 dan ulamak xmau bincangke kes2 begini........



    BalasPadam
  3. laksanakan la hudud..tu saja yg bole mengajar manusia yg mcm haiwan nih..

    BalasPadam

~PELUANG TINGKATKAN TRAFFIC BLOG ANDA:

borang untuk tukar link

~ dapatkan auto update via email anda

langgan artikel terkini pen buruk online ™

KONGSILAH ...

Artikel Terbaru